"Allah menjanjikan orang-orang yg beriman & beramal salih dari kalangan kamu (wahai ummat Muhammad) bahawa Ia akan jadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan dibumi sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa & Ia akan menguat & mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan ingatlah sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itu orang-orang yang derhaka" - An Nur 55.
Kata ulama, dalam ayat ini Allah s.w.t gunakan perkataan "Allah akan jadikan mereka khalifah", Allah s.w.t yang akan jadikan, bukan mereka sendiri-sendiri nak jadi khalifah-khalifah. Kata ulama lagi, "mereka" dalam janji Allah s.w.t ini ialah orang beriman & beramal salih. Takrif "beriman" & "amal salih" ada dalam diri Sahabat2 Nabi s.a.w. Sahabat2 Nabi s.a.w dizaman Umar r.a telah dapat janji-janji itu. Mereka telah kuasai & mengislamkan 2/3 dunia ini. Kerajaan Rom & Parsi yang bertamaddun selama 7 kurun & lebih lama dari tamaddun Islam Sahabat, yang Islam mereka baru 60 tahun, telah kalah. Tamaddun yang baru berusia 60 tahun telah menewaskan tamaddun hebat yang berusia 600 700 tahun. Ini ajaib! Kenapa?
Bagaimana pula keadaan kita? Mungkinkah kita belum diberi kekhalifahan oleh Allah s.w.t kerana orang Islam hari ini imannya belum sempurna seperti iman para2 Sahabat? "Kuasa pemerintahan" yang diberitahu dalam ayat ini juga adalah utk "dibumi" iaitu seluroh dunia bukan disatu-satu negeri atau negara sahaja. Akan berulangkah "kuasa pemerintahan dibumi" sebagaimana yang Allah s.w.t nyatakan ini? Janji Allah s.w.t itu pasti. Ia pasti akan berulang dan berlaku! Persoalannya ialah jika berlaku ulangan kuasa pemerintahan dibumi itu, adakah diri kita disabitkan, digunakan dan dilibatkan sebagaimana diri Sahabat2 Nabi s.a.w telah disabitkan, digunakan dan dilibatkan dalam usaha itu di zaman mereka? Adakah kita akan dipilih? Mampukah kita memikul tanggungjawab besar itu? Layakkah kita sebagaimana layaknya Sahabat2 Nabi s.a.w? Adakah iman kita setahap dengan iman Sahabat2? Kata ulama, jika dalam keadaan tenang pun iman kita berbolak-balik, bagaimana nanti dalam keadaan diuji?
Sama-sama kita renungkan.....
No comments:
Post a Comment