Orang Islam hari ini ibarat anak singa sesat yang lama hidup dengan kambing2 sehingga dia lupayang dia itu singa! Oleh kerana terlalu lama bersama kambing2, dia sudah terikut-ikut cara hidup kambing. Apabila dia ditanduk kambing2 lain, dia berasa sedih & bertanya kenapa dia tidak ada tanduk! Maka, dia pun berdoa : Oh Tuhan, berilah saya tanduk supaya saya dapat tanduk balik mereka! Pada satu hari, sedang kambing2 itu di padang, kambing2 itu didatangi sekumpulan singa2! Kambing2 itu pun semuanya lari bertempiaran! Singa2 yang datang itu hairan! Kenapa? Singa2 itu hairan dan terperanjat kerana di dalam kambing2 yang lari bertempiaran itu ada satu ekor singa yang turut lari! Singa2 itu pun terus mengejar singa yang se ekor itu lalu mengepungnya. Setelah di kepung, dia diberitahu siapa dia! Singa yang lari itu pelik bila dia diberitahu yang dia itu singa! Apabila singa2 itu minta ia mengaum pun dia dah tak tahu, dia dah lupa! Akhirnya dia dibawa ke air untuk dicerminkan diri nya! Dia diperlihatkan dan diberitahu tentang mukanya yang garang, kukunya yang tajam, giginya yang tajam & ngaumannya yang menggerunkan. Setelah diberitahu pun, oleh kerana anak singa itu terlalu lama bersama-sama dengan kambing, ia masih sukar menerimanya! Ia masih sukar mempercayainya. Ia masih kebingungan!
Apakah moral cerita ini?
Kambing2 = Orang2 kafir.
Tanduk = harta kuasa senjata yang Allah s.w.t beri pada orang bathil/kafir.
Singa = orang2 Islam.
Muka garang, gigi & kuku yang tajam = kehebatan yang Allah s.w.t beri pada orang Islam seperti solat (yang mampu menarik bantuan Allah s.w.t), doa (yg mampu menarik bantuan Allah s.w.t), nusrah Allah s.w.t (dari kekuasaan Allah s.w.t, qudrat dan iradatnya yang maha2 hebat), malaikat2 yang sentiasa mengaminkan doa2 mukmin, makhluk2 yang ditundukan untuk orang2 Islam yang sentiasa sedia membantu.
Ngauman = kerja dakwah ilallah yang mana Allah s.w.t sentiasa dibelakang kerja dakwah & da'ei2nya, kerja yang Allah s.w.t sangat2 suka & kerja yang telah dan akan terus menggerunkan seluroh bathil & kafir seperti dakwah Musa a.s pada Firaun, dakwah Ibrahim a.s pada Namrud & dakwah Nabi s.a.w pada Quraish, Rom & Pars1.
- Cerita tamsilan Ulama, dipetik dari Majlis Fikir atas Iman & Amal.
No comments:
Post a Comment