WHAT IS THIS SITE ABOUT?


This site is dedicated to establish the fact that our ultimate success in this Dunia and Akhirat is only in religion - obedience to Allah s.w.t and following the Sunnah of Nabi s.a.w.

I think before we venture into a sacred and holy issue like religion, we should at least qualify ourselves, right? So, I have posted this three mind-boggling questions for all of us to answer or just ponder.

What is your purpose of life here on earth?
What are your necessities in life on earth and who fulfilled it?
What are your responsibilities in life here on earth?

This simple qualification is togauge our awareness on our purpose, neccessities and responsibilities.

In this blog, I shall commit to these basic tenets....

-I shall not dwell into hukum hakam, halal haram as those are better handled by an Ustaz or Alim. After all, hukum hakam is just 1/6 of the Quran! What is the other 5/6? Muslims are already engaged in thousands of arguments and we don't need to further fan the fire or "tragedy". I was told, even in Solat, there are more than 200 "point of disagreement"!

-I shall not dwell into furu', Fiqh and other intricacies. Islam has 2 major sects, 4 major Mazhabs, more than 20 types of fikrah, many ideologies, different political affiliations and other trends. Discussions on this is filled to the brim, some already exploded! So, I am not wasting time in any war of words on any issues with anyone.

-I shall dwell into sharing with you some food for the soul. As our body needs nutrients, our soul too needs nur (light) in the form of reminders from the Quran, Hadith, Hayatus Sahabah, provoking questions and fikir to enlighten our hearts! An enlightened heart ( heart filled with the Greatness of Allah and the love of Nabi s.a.w, virtues of amal and promises of Allah etc) will drive us to amal, insya Allah. It is all about our iman (faith) and our amal ( deeds)

-I shall dwell into instilling the fikir, risau and bimbang ( thoughts, worries and anxiety) of Nabi s.a.w towards his ummat and the fikir, risau and bimbang about the state of our iman and the quality of our amal.

-I shall dwell into imparting the virtues of amal ( fadhillat amal) so that we can value each amal and be convinced of the promises of Allah s.w.t behind each amal. Only when we know the virtues of amal would we be encouraged to amal!

-I shall qualify that most posts here are excerpts or notes dictated from the many sermons I attended the last fifteen years and books, audio and video presentations by many Ulama's, Hafiz, Muhaddith, Alims and Maulanas from all over the world. I shall also qualify that the posts here can be referred to many Muktabbar books on Islam.

-I shall qualify that our limited knowledge on Quran and the known Muktabbar books of Islam may lead us to perceptions, misinterpretation and assumptions on some issues. If to understand Quran needs 17 key ilm (knowledge) and with 300000 Hadith in different Books and 4 different Mazhabs with different interpretations, I think we can agree the huge task for all of us to grasp Islam. However, there is indeed, today, although very rare and few, people who are a Hafiz, a Muhaddith and an Alim of the four Mazhabs! Yes! We just need to "identify" their traits and if possible, muzakarrah with them. However, identifying that trait is a different ilm altogether!

-I shall ensure that contents of this blog is about self-correction, not correcting others! It was not intended to be educational nor producing decrees or fatwa! You can't be an Ustaz by visiting this Blog! It is for you and me to gauge the state of our iman and amal. When we know our state of iman and amal, measured against a certified yardstick i.e yardstick in the eyes of Allah swt and Rasulullah s.a.w, we will know "how good or bad we are"! So, from there we would begin to see what we need to do to enhance our iman and amal!

Agree? Are you with me?

I hope, from this blog, you would get that "food for your soul" and eventually be able to gauge your state of iman and quality of amal. Again, this blog is about self-correction, not correcting others!

I am also happy to hear your comments! By the way, for the benefit of all, I do mix English and Malay in my blog purely to maintain the authenticity of the notes and messages. Please comment...

May Allah give us hidayat. Doa...

Friday, January 16, 2009

UMMAT ISLAM IKUT RESAM LEBAH ATAU LALAT?

Lebah, ialah makhluk Allah s.w.t yang akan bergerak dan terbang dalam satu kumpulan yang setiap lebah tadi akan mengeluarkan bunyi dengungan. Lebah-lebah ini akan pergi ke bunga-bunga, ambil manisan-manisan dari bunga-bunga itu dan membawa balik manisan-manisan itu ke sarang lebah. Di sarang lebah ini, manisan-manisan itu jadi madu. Madu ialah ubat segala penyakit kecuali maut!

Lalat, ialah makhluk Allah s.w.t yang akan bergerak dan terbang dalam satu kumpulan yang setiap lalat tadi akan mengeluarkan bunyi dengungan. Lalat-lalat ini akan pergi ke tahi-tahi, bangkai-bangkai, sampah-sampah dan membawa kekotoran ke pinggan-pinggan makanan. Di pinggan-pinggan ini kekotoran itu menjadi racun. Racun ialah punca segala penyakit!

Ulama tamsilkan, lebah-lebah dan lalat-lalat ini bergerak ibarat satu jemaah yang disamping bergerak, jemaah ini juga berzikir. Bezanya cuma, "jemaah-jemaah" ini pergi ke mana dan buat apa! Hari ini, orang Islam pun ada jemaah-jemaahnya. Kemanakah jemaah-jemaah ini pergi dan apa yang mereka buat?

Adakah jemaah-jemaah Islam hari ini jumpa setiap manusia, lihat kebaikan manusia-manusia ini dan ambil kebaikan-kebaikan yang mereka ada, satukan mereka dan hasilkan manusia-manusia yang bawa kebaikan pada ummat?

atau....

Adakah jemaah-jemaah Islam hari ini jumpa setiap manusia, cari keburukan manusia-manusia ini dan bukakan keburukan-keburukan yang mereka ada, ceritakan keburukan-keburukan mereka dan hasilkan manusia-manusia yang sebarkan keburukan ummat?

Ummat Islam hari ini ibarat lebah atau lalat? Apa yang banyak tersebar hari ini?

Thursday, January 15, 2009

APAKAH TANGGUNGJAWAB UMAT MUHAMMAD S.A.W?

NABI-NABI TERDAHULU?


1-sebagai hamba, ibadat pada Allah s.w.t

2-sebagai nabi, ajak kaum pada Allah s.w.t


KAUM-KAUM TERDAHULU?


1-sebagai hamba, ibadat pada Allah s.w.t

2-sebagai kaum, ikut nabi-nabi itu


NABI MUHAMMAD S.A.W?


1-sebagai hamba, ibadat pada Allah s.w.t

2-sebagai nabi, ajak umat pada Allah s.w.t

3-sebagai nabi terakhir, sediakan umat sambung kerja dakwah.


UMAT MUHAMMAD S.A.W?


1-sebagai hamba, ibadat pada Allah s.w.t

2-sebagai umat, ikut sunnah Nabi s.a.w

3-sebagai umat akhir zaman, sambung kerja Nabi s.a.w i.e dakwah ilallah


SAHABAT-SAHABAT NABI S.A.W TELAH DAPAT KEREDHAAN ALLAH S.W.T DI DUNIA LAGI KERANA BUAT TIGA PERKARA DI ATAS. QURAN, HADITH, AZBABUL NUZUL DAN KITAB HAYATUS SAHABAH PENUH DENGAN KISAH-KISAH MEREKA BUAT DAKWAH. ADAKAH MEREKA KITA JADIKAN IKUTAN? SIAPAKAH IKUTAN KITA HARI INI? APAKAH SIFAT-SIFAT MURNI SAHABAT YG MENYUKAKAN ALLAH?

TINGKAT-TINGKAT ILMU

Ilmu SYARIAT (hukum-hukum syariat) jika diamalkan ikut TARIQAT(jalan) Nabi s.a.w maka dapatlah HAKIKAT (kesan) amal dari ilmu itu yang dengannya akan datangkan MAKRIFAT (dekat) dengan Allah s.w.t. Bila dekat dengan Allah s.w.t maka mulalah Allah s.w.t akan beri ilmu ISYARAH (tanda-tanda sesuatu). Tinggi dari ilmu itu dia akan dapat ilmu KHABAR (diberitahu tentang sesuatu) dan kemuncaknya ialah ilmu MUKASYAFAH atau kasyaf (dapat lihat yang ghaib-ghaib). Inilah tingkat-tingkat ilmu yang diterangkan oleh Imam Ghazali rah.

Wednesday, January 14, 2009

SUKANYA ALLAH S.W.T PADA HAMBANYA YANG KEMBALI KEPADANYA!

Kita datang pada Allah sejengkal, Allah akan datang sehasta! Kita datang pada Allah sehasta, Allah akan datang sedepa! Kita datang pada Allah berjalan, Allah akan datang berlari!- lebih kurang maksud dari satu Hadith Qudsi yang panjang.

Sukanya Allah s.w.t pada hamba-hambaNya yang kembali kepadaNya!

SEDIKIT UJIAN ATAS IMAN DAN AMAL KITA...

Apakah soalan pertama di Qubor? IMAN!

Apakah soalan pertama di Mahsyar? AMAL (SOLAT)

Jika lulus kedua-dua soalan ini barulah soalan-soalan lain akan ditanya. Jika sempurna kedua-dua perkara ini, segala hisab akan diringankan dan amalan-amalan lain akan diterima. IMAN dan AMAL (Solat) adalah asas yang paling-paling penting!

Bagaimana keadaan IMAN kita? Yaqin kita pada Allah s.w.t atau pada Makhluk?Ini yang WAJIB kita usahakan, baiki dan perbetulkan setiap detik dan saat, dalam keadaan apa sekalipun!
Adakah kita ingin menguji IMAN kita? Mari kita sama-sama uji!
  • Yaqin Allah s.w.t beri rezki? Adakah kita berani tinggalkan punca rezki kita beberapa ketika dan masa?
  • Yaqin Allah s.w.t pemelihara? Adakah kita berani tinggalkan keluarga kita beberapa ketika dan masa?

Ini baru dua soalan! Sama-sama kita fikirkan tentang iman kita sekarang. Luluskah kita? Fikirkan......

NABI S.A.W SUDAH TIADA. KERJA NABI S.A.W INI SIAPA YANG AKAN SAMBUNG?

5 billion hamba-hamba Allah s.w.t dan ummat Nabi s.a.w masih belum dapat kalimah laailah hailallah muhammad darasululullah. 1 billion sahaja antara hamba-hamba Allah s.w.t ini telah dapat kalimah tetapi antara yang sudah ada kalimah ini, 70 % belum datang kepada solat! 70% orang Islam sedang meninggalkan solat!

Hajat Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w ialah supaya semua hamba-hamba ini kenal Allah s.w.t, dapat iman, amal dan masuk Syurga Allah s.w.t. Nabi s.a.w sudah tiada lagi. Kerja ajak manusia pada iman ini kerja siapa? Kita! Kita WAJIB jajakan kalimah hari-hari macam mana Nabi s.a.w buat 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah! Ummat jauh dari agama. Mereka tidak mungkin datang ke rumah-rumah Allah s.w.t iaitu masjid-masjid.

Dalam keadaan genting dan mendesak ini, kerja mengajak lebih perlu dari kerja mengajar! Siapakah yang mahu jumpa mereka? Hakikatnya, hampir 99% ummat Islam belum dapat datang ke rumah-rumah Allah s.w.t iaitu masjid-masjid. Kita sebenarnya sedang mengajar satu peratus (1%) sahaja dari umat ini!

Sebarkan pada semua orang Islam!

APAKAH BENTENG ORANG ISLAM TERHADAP SERANGAN MUSOH?

"Saf-saf di rumah-rumah Allah adalah ribat atau benteng terhadap musoh"-dari maksud Hadith. Ini adalah antara banyak Hadith-Hadith Fadhail (kelebihan) yang orang-orang Islam tidak biasa dengar sebab Hadith-hadith Masail (halal haram hukum) saja yang diajar dimana-mana. Dakwah ilallah juga tidak dijalankan yang kerananya Hidayah tidak tersebar. Tanpa Hidayah, iman tidak mungkin datang ke hati-hati manusia dan amal hanya akan datang dengan adanya iman. Hanya dengan iman seseorang itu akan datang untuk solat berjemaah dan hanya bila ada solat jemaah akan terhasillah "saf-saf dirumah Allah"!. Orang Islam seluroh dunia, di mana-mana adalah terdedah pada serangan musoh apabila masjid-masjid mereka mati! Jika umat Islam inginkan keselamatan, setiap orang Islam wajib jalankan usaha dakwah iman. Setiap orang Islam wajib memujuk setiap orang Islam (lelaki akil baligh) untuk solat 5 kali di masjid untuk dirikan "benteng" itu!

Sebarkan pada semua orang Islam!

Sunday, January 11, 2009

AMALAN AGAMA ADA DUA BAHAGIAN-PERINTAH DAN CARA

Jika kita diberi duit 20 sen yang hanya sebelah mukanya sahaja terukir, adakah kita akan menerimanya? Adakah ia laku? Duit 20 sen yang kedua-dua mukanya terukir sahaja yang akan kita anggap sebagai duit dan akan laku di kedai jika digunakan untuk membeli. Pendek kata, duit 20 sen itu sempurna dan diterima.

Begitu juga dengan amalan agama yang kebiasaannya ada perintahnya dan caranya. Amalan agama pun ada dua muka sepertimana duit tadi. Amalan agama ada perintahnya dan caranya. Solat contohnya, ada perintah dan caranya. Begitu juga puasa, ada perintahnya dan caranya.

Solat, jika kita ikut perintah untuk bersolat tetapi cara solat kita salah, ia tidak sempurna dan tidak diterima. Untuk solat, Allah s.w.t telah wahyukan kepada Nabi s.a.w melalui Sunnah baginda s.a.w. Nabi s.a.w dalam satu Hadith ada bersabda, lebih kurang maksudnya; solatlah sepertimana kamu melihat aku solat.

Bagaimana Nabi s.a.w solat? Bagaimana kita solat? Bagaimanakah zahir dan bathin solat Nabi s.a.w? Bagaimana zahir dan bathin solat kita? Bilakah waktunya Nabi s.a.w solat? Bilakah waktunya kita solat? Dimanakah Nabi s.a.w laksanakan solat baginda? Dimanakah kita laksanakan solat kita? Nabi s.a.w solat bersendirian atau berjemaah? Kita solat bersendirian atau berjemaah? Adakah kita galakkan takbiratul ula? Adakah Nabi s.a.w galakkan takbiratul ula?Apakah janji-janji Allah s.w.t dalam solat yang Nabi s.a.w sampaikan? Adakah kita tahu apa janji-janji Allah s.w.t dalam solat yang Nabi s.a.w telah sampaikan? Apakah amaran-amaran yang Nabi s.a.w sampaikan tentang kekurangan dalam zahir solat? Apakah amaran-amaran yang Nabi s.a.w sampaikan tentang kekurangan dalam bathin solat? Apaka untungnya jika dapat solat berjemaah? Apakah ruginya jika tinggal solat berjemaah? Apakah kesan solat yang sempurna untuk kita?

Sama-sama kita ukur solat kita samada kedua-dua perintah dan cara ada, betul dan laku pada yang memerintah iaitu Allah s.w.t.

Friday, January 9, 2009

WHAT MUSLIMS DID THEN? WHAT DO WE DO TODAY?

During the glorious days of Islam, the Masjid was alive 24 hours! In some places today, there are those who still practice calling two azans which was actually a tradition brought from the early times of Islam- a call for change of the "guards" or those who would stay in and prosper the Masjid.

So, what was alive in Masjid Nabawi at that time? Ulama said, during the times of Muhammad s.,a.w and the Sahabah r.hum, the Masjid had four main Amaaals: Dakwah, Taklim, Ibadat and Khidmat. It was these Amaals that brought roh and nur of Masjid Nabawi. It was from these four Amaals that Hidayah permeates and Islam flourished. Ulama said the word munawarrah, lights, comes from the roh and nur of the Amaals of this Masjid, not the physical lights!

It was reported that 150 jamaat of dakwah were sent from Masjid Nabawi during that times. It was reported that more than17 ghazwah of dakwah and war were sent and Nabi s.a.w himself joined almost 10 of those ghazwahs! It was from these Amaals that when a kafir entered Madinah, they could see the mahol or environment of Islam. It was from these Amaals that a kafir would embrace Islam just by seeing the akhlak of Muslims. It was from these Amaals and mahol that Islam spreads to two-thirds of the world in a spate of only sixty years!

It was from the Amaals of Dakwah, Taklim, Ibadat and Khidmat in Masjid Nabawi that Rome and Persia, a 700-year old strong, mighty and reputable kingdom and civilization fell to its knees and fall under the feet of the Sahabah! It was from the Amaals of Masjid Nabawi, Baitul Maqdis was surrendered to Umar r.a. The culmination of all these Amaals climaxed when at Haji Wida, after Muhammad s.a.w last sermon, 110000 of the Sahabahs went out in the path of Allah s.w.t spreading the kalimah and Islam to all corners of the world! It was from the Amaals of Masjid Nabawi that we got Islam eventually! What "God" would we be praying to if Sahabah r.hum didn't go out in the path of Allah to do dakwah?

Masjid Nabawi at that time always had Taklim, where every Ayats that was revealed to Jibrail a.s and descended to Muhammad s.a.w were relayed to those in the Masjid! Sahabah r.hum would recite it , memorize it and note it down on leather skins and stones. After that, they would go back to their families and relayed what was revealed! There wasn't any madrasah or Islamic college to preach Islam! Sahabah r.hum just relayed it live, there and then! Sahabahs in the Masjid would also go to the streets and the bazaar to relay it! Slowly and surely, the mahol of deen was in the air! Madinah became a receptive and peaceful city. Ulama said, even today, there is a vast difference between Mekah and Madinah! That was the effect of the Amaals of the Sahabah such that till today, it still permeates!

Also, in Masjid Nabawi at that time, there were ibadat all the time! In Masjid Nabawi then, indeed there were the Ahlul Suffah. Ahlul Suffah were the Muhajirrin, who had sacrificed and left everything in Mekah and had nothing to be with Muhammad s.a.w. Abu Hurairah is one of the Ahlul Suffah! He is one of the great reciters of Hadith. What did these Ahlul Suffah do? Just ibadat! Yes.purely ibadat. They don't have any worldly interest! Can you imagine what would our local caretaker of our Masjid today say if we decided to stay-in at our Mosque and just do ibadat and nothing else? We would be cursed and chased out!

In Masjid Nabawi too calls to serve the "new" Muslims was constantly made. It was to these calls for Khidmat or service that the Ansaris made many sacrifices. They serve the Muhajjirin with whatever they have. It was reported that land, homes, farms and even a well was "donated" to the Muhajjirin and Deen!

Islam during the times of Muhammad s.a.w and the Sahabah was a success story. It was carved in stone in the annals of history. The key ingredient of the success was the Amaals in Masjid Nabawi at that time-Dakwah, Taklim, Ibadat and Khidmat!

Today, Muslims wants the same glory as what their descendants attained but Masjid (mosques) everywhere is dead, silent and empty. In many Muslim communties, effort to revive the Masjid to the status, roh and nur of Masjid Nabawi during the times of Muhammad s.a.w was not done! Masjid is not a focal point in the development of the mahol for Deen to permeate.

May Allah s.w.t teach the Muslims to revive their Masjids everywhere so that the rahmat, baraqah, sakinah and forgiveness of Allah s.w.t descends and touch this ummat of Muhammad s.a.w. as what had happened in Masjid Nabawi during Islam glorious days!

IMPORTANCE OF FAJR PRAYERS IN THE EYES OF THE SAHABAH!

Once, Umar r.a saw that Sulaiman Abi Hatmah didn't come for the Fajr prayers congregation at Masjid Nabawi. After prayers, he went to Sulaiman's house to enquire why Sulaiman didn't come! Umar r.a asked the mother and the mother said: Sulaiman was in deep prayers almost all the night and sleepiness had caught him! So, he couldn't make it to the Masjid. Umar r.a replied: I prefer him to pray the Fajr prayers in congregation more than him praying all night long!

That was how concerned the Sahabah was to one Fajr prayers in congregation! What a high virtue placed upon performing one Fajr prayers in congregation by the Sahabah! Today, if we were to do that i.e visiting Muslim homes for able-bodied men who didn't come for Fajr prayers, what would happen? Do you think our act will be accepted? It may not be accepted even by the Muftis and Kadhis because solat in congregation to them is Fardhu Kifayah, nauzubillah! Muslims in general doesn't even know the virtues of Fajr prayers in congregation, let alone doing it!

It was reported that the Sahabah will mourn for three days if they missed one rakaat or masbuq! If they missed one prayer, they would be in deep sorrow and mourn for a week! That was how prudent and meticulous they were when it comes to obeying the commands of Allah s.w.t the way shown by Muhammad s.a.w! Instead, how are we today? We are not only missing one rakaat or one prayer in congregation but 20 years, 30 years we didn't even pray in congregation and we didn't feel guilty, sinful or wrong! We didn't feel a bit of sadness let alone sorrow.

What do we feel sorrow over? What do we mourn for? How "high" have we placed solat in congregation in our list of important things in our life? When was the last time we prayed Fajr in congregation? Is solat in congregation Fardhu Kifayah?

Sunday, January 4, 2009

ALLAH S.W.T IS TELLING US WHO HE IS FROM THE STORIES DEPICTED IN THE QURAN!

Allah s.w.t created fire ! Allah s.w.t had decreed that fire has the attributes of burning but fire couldn't burn without the consent of Allah s.w.t. This is evident in the story where Ibrahim a.s. was tossed in to the fire by Namrud laknatullah! This is depicted in the Quran for the followers of Muhammad s.a.w! Why?

Allah s.w.t created water! Allah s.w.t had decreed that water has the attributes of drowning but water couldn't drown without the consent of Allah s.w.t. This is evident in the story where Musa a.s was saved from drowning when he crosses the Red Sea while Firaun laknatullah was drowned instead! This is depicted in the Quran for the followers of Muhammad s.a.w! Why?

Allah s.w.t created knife ! Allah s.w.t had decreed that knife has the attributes of cutting but knife couldn't cut without the consent of Allah s.w.t. This is evident in the story where Ibrahim a.s. slaughtering Ismail a.s! This is depicted in the Quran for the followers of Muhammad s.a.w! Why?

The stories above and others regarding Allah s.w.t greatness, powers and absolute decree towards His being is depicted in the Quran for the followers of Muhammad s.a.w! Why? Is it there without a purpose? Has Allah s.w.t created or done anything without a purpose or intent?

WHAT WE THOUGHT VS WHAT ALLAH S.W.T PROMISES!

How wrong and deviated we are in our yaqeen towards Allah s.w.t! May Allah s.w.t forgive us all....

We thought safety lies in guards and security but Allah s.wt promises safety in tawakkal!

We thought baraqah lies in bounties but Allah s.w.t promises baraqah in solat!

We thought cure lies in medicine but Allah s.w.t promises cure by us giving sadaqah!

We thought wealth increases by more effort but Allah s.w.t promises increase in wealth by sadaqah!

We thought our problems will be solved by us solving it but Allah s.w.t promises our problems be solved when we solve other people's problem!

We thought peace and tranquility lies in spouses love, family and wealth but Allah s.w.t promises peace and tranquility in zikir ( remembrance of Allah s.w.t)

....and many many more. Oh Allah ,please forgive us....

We have equated you with all the wordly things. We have used our logic and perceptions in relating everything that happens, forgetting your qudrat and iradat!

Save us from SHIRK! Save us from SHIRK! Save us from SHIRK!

Saturday, January 3, 2009

ALLAH S.W.T IS IN COMMAND OVER ALL IN THE ENTIRE UNIVERSE!

The sovereignty of the whole universe rests in Allah s.w.t's grasp. The entire universe is in motion by His command, whether it's the morning or the night, darkness or light, winter or summer, Allah's power is in motion behind it, it's by Allah's decision.

The heat in the sun is not its own and not just a coincidence! It is Allah s.w.t who has filled it with so much fuel all at once. Allah s.w.t created it. We all know that every machine needs fuel and has to be repaired, but this machine, the Sun, which has been rotating for the last millions of years with a speed of 600000 miles/hour, no steering, no gear, no brake, no engine, no driver and no one to direct it had never stopped and been repaired! The heat it throws in one second equals to that of 100,000 atom bombs! It has been unceasingly throwing this heat since the last millions of years, and it’s throwing it right now and will throw it in the future too. The Sun was granted all this power through just this one verse: "Wa ja’alna siraajan nwahhaaja" - "We have made it a dazzling lamp" -An-Naba' 13

The temperature of the Suns inner surface is 12,000 degrees Fahrenheit and its inner temperature is 27 million degrees Fahrenheit! Allah s.w.t is controlling all this heat that passes over to us. If He let it (the Sun) free it would come near us and the whole world would burn away into ashes. And if He would move it away from us the whole world would freeze up and become as cold as the North and South Poles, it would freeze. Allah s.w.t is holding onto the Sun's reins so tightly that neither does it loosen so it may come nearer to us and burn us nor does it move away so that we freeze away. Allah s.w.t says : "Ash shamsu tajree limustaqarrillaha dzhalika taqdeerul azeezil hameed. Walqamara qaddarnahu manaazila hatta aada kal urjoonil qadeem kullun fee falakin yasbahoon" -“And the sun runs in an orbit of its own, that is the decree of The Almighty ,The All-knowing and the moon, for which We have determined phases, till it becomes like an old date stalk (dried-up and curved)" -Yaasin 39 In another verse, Allah s.w.t says: "Litaa lamoo adadassineena wal hisaab"-"He commanded the sun to rotate so that you may compute the years and to measure (time)" -Yunus 5.

Then the sun itself has no power to clash into the moon and the day can't run or overtake the night. Nor do the sun and moon outstrip one another and neither can the day and night collide into one another! Allah s.w.t says: "kullun fee falakeen yasbahun" - "Each floats in an orbit"- Yaasin 40
. Then Allah s.w.t says: " Dzhalika taqdirul aziz il hakeem" - "This is the Decree of the Almighty the Wise" = Yaasin 38

This is ALLAH's calculation, there can't be any blunder in it ! Allah s.w.t says: "Washamsu wal qamaru bi husbaan" - "And the sun and the moon move along their appointed courses" - Ar-Rahmaan 5. Allah s.w.t has calculated and fed all the information inside it ever since He has created it, so that it can't divert to any other direction until the sound of qiyamah doesn't break it. Allah s.w.t who is controlling this extensive system ( the sun, moon and orbits) is controlling the systems of the entire universe. Whatever He (Allah s.w.t) desires happens in the universe and what we desire can't happen without His command! Whereas what He attempts can happen without our wanting! "Wa maa tashaauna illa an yasha allahu rabbul aalamin"-
"Your wishes are of no avail unless Allah The Sustainer of all the worlds wills" At-Takweer 29

May Allah s.w.t instill in our hearts this yaqin that Allah s.w.t is in command over the whole universe!



Friday, January 2, 2009

ALLAH'S PERFECT KNOWLEDGE OF ALL HIS CREATIONS!

Whether it's the earth or the skies, man, jinn or the angels, all of these are Allah s.w.t's creation and Allah is their sole creator. Allah s.w.t says: Wa in tajhar bilqawli fainnahu ya'lamussirra waakhfa- "He knows that which is secret as well as that which is yet more hidden”- Taha 7. The word "sirr" means talking softly so that the person doesn't understand (akhfa) what a person says to himself i.e. in his heart so that no one realizes! In this situation the tongue doesn't move and neither does the ear hears and Allah says: I am aware of that too! Allah s.w.t's knowledge is so perfect that He listens to the external as well as the internal, the soft and the loud, and besides all this: wa ma tasqutu min waraqatin ill yalamuha - "And not a leaf falls but He knows it" - Al-An'am 59.

May Allah s.w.t instill in our hearts our conviction that indeed Allah s.w.t knows everything in us, whether we said it out or not!

APA JADI BILA SAKIT JASMANI DAN ROHANI?

NATIJAH (KESAN) DARI PENYAKIT JASMANI IALAH MAUT

NATIJAH (KESAN) DARI PENYAKIT ROHANI IALAH NERAKA JAHANNAM

"KAMI YAKIN DENGAN AKHIRAT KERANA NABI S.A.W YANG SAMPAIKAN BERITA ITU"

Satu hari seorang Maulana telah berjumpa sekumpulan doktor yang tidak percaya kepada Alam Kubur. Pakar-pakar tadi ditanya oleh Maulana: "Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat galian?" Jawab mereka: "Benar kerana kami telah membuat kajian dan kami pakar dalam bidang ini." Kata Maulana: "Walaupun saya tidak nampak bahan itu tetapi kepakaran kamu telah meyakinkan saya. Jadi begitulah juga dengan Alam Akhirat. Yakinlah dengan kepakaran baginda Nabi saw."

Kita yakin tentang apa yang tidak lihat apabila seorang pakar memberitahu kita mengenainya. Kita terkadang was-was dan mempersoalkan Allah s.w.t, Malaikat, Akhirat dan lain-lain yang kita tidak nampak! Jadi, untuk datangkan keyakinan kepada perkara-perkara yang kita tidak lihat, kita mesti yakin dengan kepakaran Nabi s.a.w atau beriman dengan apa sahaja yang Nabi s.a.w bawa!


BAGAIMANA SIKAP KITA DALAM PERJALANAN DI DUNIA YANG SEMENTARA INI?

Dunia sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Dunia ini tempat persinggahan yang sementara dalam perjalanan jauh menuju Akhirat.

Satu orang yang hidup di dunia ibarat seorang yang di dalam perjalanan. Sebagai contoh, anggaplah seorang itu dalam perjalanan dengan menaiki sebuah bas. Bas itu bukan milik dia. Bas itu cuma keperluan dia yang sementara. Dia cuma duduk di dalam bas itu buat seketika, singkat sahaja. Jika di dalam bas itu, di tempat duduk dia, dia anggap tempat dia itu kekal dan dia pasang langsir, letak gambar, letak peti ais dan pasu bunga untuk kegunaan dia macam mana? Pelik tak orang lain dalam bas itu tengok? Marah tak pemandu bas itu?

Di dalam perjalanan tadi, bas itu berhenti pula berehat di kawasan rehat. Dia pun turun. Dia bersiar-siar, terpesona dan seronok pula dengan barang-barang di kedai, taman-taman yang ada, buah-buahan yang banyak dan majalah-majalah yang banyak untuk dibaca! Jika dia leka dengan barang-barang di kedai dan taman-taman yang ada sehinggakan dia tidak sedar yang dia dalam perjalanan, macam mana? Dia akan ketinggalan bas. Bas itu akan meninggalkan dia!

Beginilah kehidupan di dunia. Bagaimana kita "menghiasi kediaman kita" dan "terpesona dengan perkara-perkara" dunia? Adakah kita mudahkan perkara kediaman dan selamatkan diri dari keseronokan tarikan dunia? Kediaman kita di dunia adalah sementara! Keseronokan di dunia pun adalah sementara! Soalnya ialah adakah kita menyediakan kediaman kita seolah-olah kita hendak hidup selama-lamanya dan menikmati keseronokan dunia seolah-olah di sini sahajalah segala-galanya dan mesti di rasai semuanya?



NAK JADI ORANG BERIMAN, KITA PERGI MANA?

Kalau kita nak jadi askar, kita pergi mana? Kalau kita nak jadi guru, kita pergi mana? Kalau kita nak jadi doktor, kita pergi mana?

Bolehkah kita jadi askar kalau kita masuk maktab perguruan? Bolehkah kita jadi guru kalau kita masuk fakulti perubatan? Bolehkah kita jadi doktor kalau kita masuk kem tentera?

Kalau kita nak jadi orang beriman, kita pergi mana?

APA YANG BESAR DALAM HATI KITA?

Jika kita panggil seorang Doktor dan suroh dia bercerita tentang kedoktoran, penyakit dan ubat-ubatan, dia akan bercerita dengan penuh kesediaan, gembira dan bersemangat. Dia mampu bercerita sehingga berjam-jam! Jika dia ditanya tentang kedoktoran dia akan menjawab dengan gembira dan menerangkannya sehingga kita faham! Bukan itu sahaja, dia akan mengajak orang kepada kedoktoran!

Jika kita panggil seorang Jurutera dan suroh dia bercerita tentang kejuruteraan, dia akan bercerita dengan penuh kesediaan, gembira dan bersemangat. Dia mampu bercerita sehingga berjam-jam! Jika dia ditanya tentang kejuruteraan dia akan menjawab dengan gembira dan menerangkannya sehingga kita faham! Bukan itu sahaja, dia akan mengajak orang kepada kejuruteraan!

Jika kita panggil seorang Ahli Perniagaan dan suroh dia bercerita tentang perniagaan, duit dan untung rugi, dia akan bercerita dengan penuh kesediaan, gembira dan bersemangat. Dia mampu bercerita sehingga berjam-jam! Jika dia ditanya tentang perniagaan dia akan menjawab dengan gembira dan menerangkannya sehingga kita faham! Bukan itu sahaja, dia akan mengajak orang kepada perniagaan!

Jika kita panggil seorang Islam dan suroh dia bercerita tentang kebesaran Allah s.w.t, kerahiman Allah s.w.t dan kemuliaan Allah s.w.t, bagaimanakah agaknya? Adakah seorang Islam itu akan bercerita tentang Allah s.w.t dengan penuh kesediaan, gembira dan bersemangat? Adakah dia mampu bercerita sehingga berjam-jam! Jika dia ditanya tentang kebesaran Allah s.w.t, kerahiman Allah s.w.t dan kemuliaan Allah s.w.t, adakah dia akan menjawab dengan gembira dan menerangkannya sehingga kita faham? Adakah dia akan mengajak orang kepada Allah s.w.t?

Kata Ulama, seseorang itu akan bercerita tentang sesuatu perkara itu dengan kesediaan, gembira dan bersemangat hanya apabila perkara itu besar di dalam hatinya! Seseorang itu akan bercerita tentang sesuatu perkara itu berjam-jam, mampu menjawab apa jua soalan tentangnya dan mengajak orang kepada perkara itu jika perkara itu besar di dalam hatinya!

Adakah kebesaran Allah s.w.t, kerahiman Allah s.w.t dan kemuliaan Allah s.w.t besar di dalam hati-hati kita? Jika ya, apakah buktinya? Bolehkah kita bercerita tentang Allah s.w.t dengan penuh kesediaan, gembira dan bersemangat?

Sama-sama kita ukur diri kita. Apa yang besar dalam hati kita?

KEBANYAKAN ORANG ISLAM DALAM KEADAAN TENAT!

Seorang yang sakit biasa, jika dibawakan Nasi Beriani kepadanya akan berkata: Terimakasihlah kerana membawa beriani ini! Alhamdulillah.

Seorang yang sakit teruk sedikit, jika dibawakan Nasi Beriani kepadanya akan berkata: Terimakasihlah kerana membawa beriani ini. Aku ni sakit. Aku tak selera. Aku makan sedikit sajalah!

Seorang yang sakit teruk lagi, jika dibawakan Nasi Beriani kepadanya akan berkata: Aku sakit! Aku makan papadom itu sajalah....

Seorang yang sakit tenat, jika dibawakan Nasi Beriani kepadanya akan berkata: Aku sakit! Aku ambil bau sajalah....

Seorang yang terlalu tenat, jika dibawakan Nasi Beriani kepadanya tidak mampu nak berkata apa-apa! Dia cuma menjeling dengan pandangan yang benci dan kosong!

Nasi Beriani yang sedap, mahal dan digemari ramai akan jadi sesuatu yang tidak bernilai pada seorang yang terlalu sakit!

Seorang Islam, yang sakit iman sedikit, jika diceritakan tentang agama kepadanya akan berkata: Terimakasihlah kerana ingatkan aku. Alhamdulillah!

Seorang Islam, yang sakit iman teruk sedikit, jika diceritakan tentang agama kepadanya akan berkata: Aku tahu. Aku tahu. Ceritalah tapi cepatlah sikit...

Seorang Islam, yang sakit iman teruk lagi, jika diceritakan tentang agama kepadanya akan berkata: Ya lah! Ya lah!

Seorang Islam, yang iman dah lemah, jika diceritakan tentang agama kepadanya akan berkata: Apasal kau jumpa aku?

Seorang Islam, yang dah rosak iman, jika diceritakan tentang agama kepadanya akan berkata: Pergilah berambus!

Agama yang suci, mulia dan dihargai akan jadi sesuatu yang tidak bernilai kepada seseorang yang rosak imannya!

APA JADI BILA POLIS TIDAK MENJALANKAN TUGASNYA?

Seseorang itu dikatakan Polis apabila dia berpakaian polis dan menjalankan tugasnya. Uniform, topi, kasut dan pistol adalah pakaian yang menunjukkan sesorang itu Polis. Apakah pula tugas Polis? Jika seorang itu beruniform polis, bertopi polis, berkasut polis dan membawa pistol tetapi dia tidak menjalankan tugasnya, bolehkah dia dipanggil Polis? Bolehkah dia dipanggil sebagai Polis jika dia berpakain seperti Polis tetapi tidak menjalankan tugasnya samada menjaga lalulintas atau menjaga keselamatan? Jika dia tidak menjalankan tugasnya sebagai Polis maka ketua Polis akan marah dia! Jika dia berterusan begitu, dia akan disingkirkan dari menjadi Polis!

Bayangkan seorang Polis yang berdiri di tengah-tengah simpang tetapi dia leka membaca suratkhabar, menghisap rokok, berbual-bual dan tidak mengawal kenderaan. Apa jadi pada kenderaan-kenderaan di jalanraya jika semua Polis begitu? Akan berlaku kemalangan dan huru hara!

Bayangkan seorang Polis yang melihat satu kecurian di depan mata dia tetapi dia setakat melihat, membaca suratkhabar, terus menghisap rokok dan tidak mengejar pencuri itu. Apa jadi pada masyarakat jika semua Polis begitu? Maksiat berleluasa dan manusia tidak akan selamat dan tenteram!

Seseorang itu dikatakan Islam apabila dia bersyahadah, bersolat, berpuasa, keluarkan zakat dan tunaikan Haji. Syahadah , solat, puasa. zakat dan Haji adalah pakaian orang Islam sepertimana uniform, topi, kasut dan pistol itu pakaian kepada seorang Polis! Apa pula kerja orang Islam? Apakah tanggungjawab seorang Islam? Jalankan kerja dakwah ilallah!

Orang Islam yang tidak jalankan kerja dakwah ilallah ialah seperti seorang Polis yang tidak mengawal kenderaan di simpang yang sibuk dan mengejar pencuri tadi! Apa jadi bila orang Islam tidak jalankan kerja dakwah ilallah? Manusia tidak akan kenal Allah s.w.t, tidak kenal Sunnah Nabi s.a.w, akan kemalangan, huru-hara, tidak selamat dan tenteram! Ini yang sedang berlaku di serata dunia! Manusia dalam kerosakan, huru-hara, tidak selamat dan tenteram kerana "Polis" kepada manusia sejagat ini iaitu orang-orang Islam hanya berpakaian seperti orang Islam tetapi tidak bertanggungjawab seperti orang-orang Islam!

Menjalankan dakwah ilallah ialah perintah dari Raja segala Raja, Allah s.w.t! Orang-orang Islam telah abaikan perintah Allah s.w.t ini! Apakah Allah s.wt tidak murka dan marah kerana orang-orang Islam telah mengabaikan perintahNya?

Thursday, January 1, 2009

KENAPA MANUSIA JADI BUAS?

Manusia adalah ibarat seorang penunggang kuda dan kudanya. Penunggang itu adalah roh dan kuda itu adalah jasad. Penunggang kuda itulah yang mengawal kudanya dan menentukan hala tuju kudanya! Kedua-duanya, penunggang dan kuda memerlukan makanan. Cuma, makanan penunggang dan makanan kuda berbeza!

Apa akan jadi jika penunggang tidak makan? Apa akan jadi jika penunggang makan tetapi makanannya tidak betul atau tidak cukup? Penunggang akan lemah dan tidak mampu mengawal kudanya! Apa akan jadi jika kuda tidak makan? Apa akan jadi jika kuda makan tetapi makanan nya tidak betul dan tidak cukup? Kuda akan lemah dan apa jua arahan dari penunggangnya tidak akan dapat dipatuhi!

Apa akan jadi jika penunggang tidak makan tetapi kudanya kenyang? Kuda itu akan cergas dan buas tetapi tidak dapat dikawal kerana penunggangnya lemah! Beginilah manusia hari ini! Di mana-mana, hari-hari yang manusia fikirkan, yang manusia usahakan dan yang manusia ingin dapatkan ialah makanan untuk jasadnya. Manusia berusaha mati-matian semata-mata untuk memenuhi keperluan makanan jasadnya! Manusia berusaha ke atas jasadnya! Untuk rohnya? Untuk rohnya, manusia tidak fikirkan, usahakan dan dapatkan "makanan"nya. Ada manusia yang tidak tahu rohnya perlukan "makanan"! Apa jadi? Rohnya lemah dan semakin dia lupa untuk memberi rohnya "makanan", semakin lemahlah rohnya. Apa jadi? Kuda yang kenyang dan sihat itu akan kuat, cergas dan bernafsu tetapi penunggangnya tidak mampu mengawal kuda itu! Kuda itu akan jadi buas! Apa jadi bila sesuatu itu buas? Dia akan membawa kerosakan!

DARI SIAPA KITA HARUS BELAJAR?

Jika kita hendak mencuri, kita belajar mencuri dengan pencuri atau seorang pensyarah kriminoloji? Dengan siapakah kita harus belajar? Kita belajar dengan orang yang pernah melakukannya atau dengan seorang yang berilmu tetapi belum pernah melakukannya?

Seorang pencuri telah dan pernah mencuri! Dialah yang telah merancang, membuat segala persediaan, mengetahui waktu yang sesuai, mengenal latar belakang tempat yang hendak dilakukan pencurian itu dan kenal juga segala-gala tentang hal ehwal bakal mangsanya! Dia telah mengalami perkara-perkara zahir dan bathin tentang mencuri. Hanya dia yang tahu segala perit getirnya mencuri dan hanya dia yang tahu bagaimana melakukannya!

Sebaliknya, seorang pensyarah kriminoloji belum pernah mencuri. Dia memiliki segala-gala ilmu tentang perancangan seorang pencuri, persediaan seorang pencuri, waktu yang sesuai pencurian selalunya dilakukan, mengenal jenis-jenis tempat yang selalu berlaku kecurian dan mengetahui bakal-bakal mangsa kepada sesuatu pencurian! Cuma, pensyarah kriminoloji ini tidak ada pengalaman zahir dan bathin mencuri! Pensyarah kriminolji ini memang layak bercerita tentang pencurian dengan segala ilmu yang dia ada tetapi dia tidak akan dapat dijadikan contoh terbaik sekiranya sesuatu pencurian yang berjaya hendak dilaksanakan!

Inilah tamsilan mengenai seorang yang pernah melakukan sesuatu dan seorang yang berilmu tentang sesuatu tetapi belum pernah melakukannya. Untuk belajar sesuatu perkara, kita harus belajar dari siapa - yang berilmu dan belum melakukannya atau yang pernah melakukannya?


ORANG YANG BUTA AKAN SELAMAT JIKA DIA MENGIKUT YANG CELIK!

Orang Islam yang mengamalkan agamanya tidak mengikut cara yang diajar oleh Nabi s.a.w adalah ibarat seorang buta yang mengikut seorang buta yang lain melintas jalan. Selamatkah seorang yang buta jika dia melintas jalan mengikut seorang yang sama-sama buta?

Pada hakikatnya, orang Islam semuanya buta Akhirat? Orang Islam semuanya belum melihat Akhirat! Yang celik Akhirat hanyalah Nabi s.a.w! Allah s.w.t telah memperlihatkan segala-gala yang ada di Akhirat kepada Nabi s.a.w. Nabi s.a.w sahaja yang celik Akhirat antara seluroh umat Islam. Kita, orang-orang Islam yang buta Akhirat akan selamat hanya apabila kita mengikut seorang yang celik Akhirat. Siapa yang celik Akhirat? Nabi s.a.w!

Sama-sama kita muhassabah diri kita selama ini kita amalkan agama Islam ikut siapa? Adakah yang kita ikut itu celik Akhirat?


Publish Post

MANUSIA YANG TIDAK ADA AGAMA AKAN JADI....

Lembu ! Lembu hidup untuk makan! Siang malam makan. Dia akan makan dimana-mana hinggakan rumput di dalam pagar orangpun dia akan makan. Nak tidur pun dia makan dan kadang-kadang mata lelap pun mulut menguyah, makan!

Singa ! Singa hidup untuk makan ! Teruk sikit daripada lembu, singa akan membunuh untuk makan ! Singa akan mencari mangsa, memburu dan membunuh mangsanya !

Ular ! Ular hidup untuk makan ! Teruk sikit daripada singa, ular akan membunuh untuk makan ! Ular akan mematuk, membelit dan memakan mangsa ! Cuma kadang-kadang, ular tidak memakan mangsanya !

Kalajengking ! Kalajengking hidup untuk makan ! Teruk sikit daripada ular, kala jengking anakn membunuh tetapi tidak makan mangsanya ! Kalajengking membunuh semata-mata kerana hendak membunuh. Kalajengking tidak membunuh untuk makan ! Dia saja suka-suka membunuh tanpa apa-apa sebab !

Manusia yang tidak ada agama akan menjadi seperti lembu, singa, ular dan paling teruk sekali, seperti kalajengking yang membunuh dengan sengaja tanpa apa-apa sebab!!