Tahukah kita apa dia maksud dan keperluan? Mari sama-sama kita muhasabah sedikit dengan tamsilan atau contoh yang mudah.
Contoh 1;
Pemain striker bolasepak.
Maksud : Score atau jaringkan sebanyak gol yang boleh.
Keperluan : Pandai gelecek, tahu strategi yang baik, lari yang laju dan lain-lain kemahiran.
Tetapi kalau striker itu asyik gelecek sana-sini, passing cantik-cantik, lari pecut macam lumba 100 meter sampai lupa nak score gol, boleh pakai ke? Apa gunanya striker macam ini?
Contoh 2;
Student/Pelajar
Maksud : Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Keperluan : Alatulis, asrama yang selesa, motosikal untuk ke kelas dan seumpamanya.
Tetapi kalau Student/Pelajar itu salah guna alatulis untuk conteng jamban, sentiasa tidur dalam bilik asrama tanpa study, motosikal di guna untuk pergi merayau-rayau dan bawa perempuan, boleh jadi ke? Apa guna Student macam ini?
Kita dijadikan Allah s.w.t pun ada maksud dan keperluan. Ada maksud dan keperluan yang perlu dipenuhi!
Maksud :
- Manusia secara umum dijadikan untuk mentauhidkan dan beribadat kepada Allah.
- Nabi-nabi dan rasul-rasul dihantar untuk mengajak manusia mentauhidkan dan beribadat kepada Allah disamping mereka sendiri mentauhidkan dan beribadat kepada Allah.
- Umat Nabi Muhammad s.a.w dihantar sama seperti maksud para Nabi dihantar.
Keperluan :
- Makan & minum
- Pakaian
- Tempat tinggal
- Kenderaan
- Isteri/keluarga
Cuba fikir dan renungkan! Adakah kita (jangan lihat atau periksa orang lain!) telah jadikan yang maksud itu maksud dan yang keperluan itu keperluan ATAU kita telah jadikan keperluan itu maksud dan yang maksud itu keperluan?
Contoh 1;
Bersederhana dalam keperluan dan menggunakan apa yang lebih dari keperluan untuk menyempurnakan maksud.
Contoh 2;
Menjadikan keperluan sebagai maksud iaitu seluruh masa, tenaga, harta, kemudaan, fikiran digunakan untuk mendapatkan keperluan.
- Makan minum sehingga letih dan tidak kenyang-kenyang serta membazir.
- Mengumpul pakaian dalam almari sehingga kalau dikira, harganya mencecah ribuan ringgit
- Buat renovation puluhan ribu ringgit untuk mencantikkan rumah, tukar perabot dll.
- Kereta lama masih elok, beli kereta baru dan buat hutang baru, tukar sport rim dsbnya.
- Kenduri kahwin yang melampau-lampau dengan pelamin, tukar-tukar baju untuk fotografi, panggil band dsbnya.
Contoh 3;
Kita tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu apakah maksud dan apakah keperluan kita sebagai manusia, sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w dan sebagai hamba Allah s.w.t dimuka bumi.
Ketahuilah di muka bumi sekarang ini ada 6 billion manusia dan dari jumlah itu hanya 1 billion sahaja orang Islam. Dari jumlah orang Islam, masih ramai yang tidak amal agama terutama solat, ramai yang meninggalkan solat! Masjid-masjid kosong! Agama hanya tinggal berkhatan, akad nikah dan solat jenazah dan kita masih sibuk dengan keperluan yang kita sangka maksud!
Semoga Allah ampunkan kita.
Habis itu, kita hendak buat macam mana? Perkara-perkara keperluan ini sudah jadi darah daging !Memang dari kecil kita sudah diberitahu dan sentiasa di ingat-ingatkan: "Belajar rajin-rajin! Nanti dapat kerja bagus, gaji besar dan hidup senang!"
Itulah sebabnya Ulama minta kita lapangkan masa beberapa hari yang mampu untuk keluar dari "lifestyle" kita yang biasa. Apakita buat selama kita keluar dari "lifestyle" kita itu? Apabila kita keluar dari "lifestyle" kita, kita akan penuhkan juga keperluan kita tetapi kali ini keperluan kita dimudahkan, disederhanakan dan bukan sebagai maksud kita buat sementara. Ini latihan sahaja. Apa yang kita banyakkan? Apa yang ingin kita betulkan? Kita ingin betulkan balik maksud dan keperluan kita ini. Kita ingin jadikan perkara mentauhidkan Allah, beribadat kepada Allah, mengajak manusia kepada mentauhidkan dan beribadat kepada Allah itu sebagai maksud kita. Kita nak selarikan balik maksud sebenar kita di hantar iaitu sebagai manusia, ummat Nabi s.a.w dan hamba Allah s.w.t. Kita berlatih untuk sempurnakan maksud kita sebagai pengikut Nabi s.a.w iaitu menjadi da'ei-da-ei, macam Nabi-nabi dan Sahabat-sahabat!
Kita nak banyakkan penyempurnaan maksud! Tahukah kita kalau kita sempurnakan maksud hidup kita, Allah s.w.t akan sempurnakan keperluan kita? Ini ada ayat Qurannya! Ini janji Allah s.w.t! Yaqin? Inginkah kita cuba untuk meletakkan diri kita dalam suasana itu iaitu menyempurnakan maksud dengan keyakinan bahawa Allah s.w.t akan sempurnakan keperluan kita? Berani? Amacam, boleh?
No comments:
Post a Comment