1-Kita kena ragui iman kita. Hari ini kita suka ragui iman orang. Orang itu salah aqidah, orang ini sesat dan sebagainya!. Hanzalah r.a, seorang Sahabat akrab Nabi s.a.w pun ragui iman dia! Semasa di dalam majlis Nabi s.a.w, dia terasa iman dan Akhirat itu besar tetapi apabila dia meninggalkan majlis Nabi s.a.w, hatinya telah sedikit terkesan dengan dunia dan terlupa dengan iman dan Akhirat maka dia berkata : Hanzalah telah munafiq! Hanzalah telah munafiq! Bukan sahaja Sahabat-sahabat hatta seorang Nabi pun meragui imannya! Musa a.s pun ragui iman dia bila dia tanya Allah s.w.t macam mana Allah s.w.t beri rezki. Dalam kisah itu dia telah diperlihatkan seekor ulat dalam batu yang sedang makan daun yang segar! Kata Ulama, Musa a.s bukan tak yaqin tapi hendak menambahkan tambah keyaqinan! Kita bagaimana? Adakah kita ragui iman kita?
2-Kita kerja untuk zahirkan perintah Allah s.w.t, bukan setakat cari rezki. Di dalam kerja kita, Islam terzahir - muamallat yang betul, amanah, ikhlas, tawakkal dan akhlak Islam akan terzahir. Muamalat yang betul akan menarik orang-orang kafir kepada agama! Sahabat-sahabat Nabi s.a.w telah berniaga di China. Keikhlasan mereka telah memberi kesan kepada orang-orang China di masa itu. Sahabat-sahabat kata pada orang-orang China : Kami dahulu macam kamu (menindas menipu dalam perniagaan dll) hingga datang kepada kami satu orang Nabi yang bawa kami kepada Iman & Islam. Hari ini, 200 juta orang Islam di China adalah asbab akhlak dakwah Sahabat-sahabat dan muamalat mereka. Orang-orang China, kerana sukanya mereka pada Sahabat-sahabat telah membuang bahasa mereka dan membuang budaya pakaian mereka dan mengikut Sahabat-sahabat Nabi s.a.w berbahasa Arab dan berjubah berserban hingga hari ini! Kita cuba tanya diri kita adakah China di Malaysia hari ini ingin ikut kita?
3-Kita perlu buat apa-apa perkara pun dengan dengan Iman dan Ikhtisab (yaqin dengan janji-janji Allah s.w.t). Jika kita tidak buat dakwah ilallah iaitu mengagungkan nama Allah s.w.t di hadapan manusia, iman kita tidak terbina dan tidak juga membuat majlis taklim iaitu majlis yang memperdengarkan janji-janji Allah s.w.t di dalam amal melalui Quran dan Hadith, di dalam solat kita akan ingat dunia! Kenapa? Iman & janji-janji Allah s.w.t tidak mantap di dalam hati atau iman kita lemah! Kisah Ali r.a yang yaqin dengan imannya dan ikhtisab diceritakan. Satu hari, Ali r.a telah bersedeqah 5 biji buah. Beberapa ketika kemudian, datang seorang yang tidak Ali r.a. kenali telah datang mencari Ali r.a. Katanya, dia hendak memberi sesuatu kepada Ali r.a. Dia telah membawa 49 biji buah. Ali r.a telah menolak pemberian itu kerana Ali r.a yaqin jika itu adalah balasan dari Allah s.w.t, ia mesti 10 kali ganda iaitu 50 biji sebagai ganti. Orang itu terus berkata bahwa asalnya memang 50 biji dan dia telah memakan sebiji kerana kelaparan. Ali r.a yaqin yang "Allah akan ganjarkan dia dengan 50". Inilah kisah iman dan ikhtisab. Hari ini, kita tidak banyak tahu ganjaran-ganjaran yang kita dapat atau Allah s.w.t janjikan dalam solat. Kenapa? Kita tidak adakan majlis-majlis taklim fadhillat amal! Kita tidak tahu, apatah lagi nak yaqin?
4-Dalam Syahadah, "ash ha" bermakna saksikan! Kita kena saksikan kalimah Laa ilah hailallah Muhammadarasulullah itu, bukan setakat ucap pada diri kita!. Kita kena jumpa manusia dan katakan kalimah itu depan mereka! Biar ramai yang akan saksikan dan akan jadi saksi di Akhirat tentang iman kita itu! Mereka akan saksikan yang kita ada katakan laailah hailallah di depan mereka!
Fikir2kan
No comments:
Post a Comment