Hari ini, apa juga kita cakap orang akan tanya balik: dia tu ada ilmukah? Peliknya ialah soalan ini akan di tanya bila kita cakap tentang agama. Jika kita cakap tentang dunia, orang tidak akan tanya samada kita berilmu atau tidak. Orang sama yang tanya kita tentang ilmu agama kita tidak akan tanya tentang ilmu dunia kita kalau kita beritahu dia atau ajar dia sesuatu!
Kita yang selalu sebut ilmu ilmu ilmu ini, bila kita sebut ilmu, ilmu apakah yang kita maksudkan? Ilmu Quran kah? Ilmu Hadithkah? Ilmu Tauhidkah? ilmu Fiqahkah? Ilmu Tasaufkah? Fardhu Ainkah? Imaniatkah? Ibadatkah? Muamallatkah? Muasyaratkah? Sejarahkah? Ilmu yang mana satu? Semua Ustaz-ustaz menguasai semua ilmukah? Semua Tok Guru-Tok Guru menguasai semua ilmukah? Ilmu apa yang kita maksudkan bila kita tanya: dia tu ada ilmukkah? Kenapa kita tanya? Kita yang bertanya sudah berilmukah? Jika sudah, ilmu apa yang kita mahir sangat? Kenapa kita perlu tanya ilmu orang lain? Kenapa kita berani tanya tentang ilmu orang lain? Sama-sama kita ukur ilmu kita masing-masing mengikut ukuran-ukuran ini:
- Adakah sesorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu takrif ilmu?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apakah kehendak Allah s.w.t terhadap diri dia?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apakah kehendak Allah s.w.t terhadap diri dia pada satu-satu ketika mengikut keutamaan?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apakah kehendak Allah s.w.t terhadap diri dia pada satu-satu ketika mengikut keutamaan dan bagaimana melakukannya?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apakah maksud hidup dia?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apakah keperluan hidup dia?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apakah kewajipan dia?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika datang maksud, keperluan dan kewajipan serentak, dia tidak tahu mana yang harus diutamakan?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apakah kayu ukuran iman dia?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apakah kayu ukuran ibadat dia?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apakah kayu ukuran muamalat dia?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apakah kayu ukuran muasyarat dia?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apakah kayu ukuran akhlak dia?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu apa maksud dia mempelajari ilmu?
- Adakah seseorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu jika ilmu yang dia perolehi itu bermanfaat untuk dia yang sekurang-kurangnya dapat menggerakan dia untuk beramal?
- Adakah sesorang itu dikatakan berilmu jika dia sendiri tidak tahu jika ilmu yang dia perolehi itu bermanfaat dan bermutu yang sekurang-kurangnya dapat menggerakan dia untuk beramal, yang dengan amalnya itu dia boleh mendapat manfaat terus dari Allah s.w.t? Adakah dengan ilmu dia, amalnya dapat membuka khazannah Allah s.w.t?
- Adakah dia dikatakan berilmu dalam bidang agama jika dia tidak ada ilmu tentang pengamal ilmu agama yang paling Allah s.w.t cintai, Muhammad s.a.w?
- Apakah ilmu yang pengamal ilmu agama yang paling Allah s.w.t cintai itu iaitu Muhammad s.a.w bawa?
- Adakah dia dikatakan berilmu dalam bidang agama jika dia tidak ada ilmu tentang Sunnah Nabi s.a.w dan tidak mengamalkan Sunnah Nabi s.a.w di dalam kehidupan dia?
- Adakah dia dikatakan berilmu dalam bidang agama jika dia tidak ada ilmu tentang Surah Nabi s.a.w dan tidak mengamalkan Surah Nabi s.a.w di dalam kehidupan dia?
- Adakah dia dikatakan berilmu dalam bidang agama jika dia tidak ada ilmu tentang Sirrah Nabi s.a.w dan tidak mengamalkan Sirrah Nabi s.a.w di dalam kehidupan dia?
- Adakah dia dikatakan berilmu dalam bidang agama jika dia tidak ada ilmu tentang Sarirah Nabi s.a.w dan tidak mengamalkan Sarirah Nabi s.a.w di dalam kehidupan dia?
- Adakah dia dikatakan berilmu dalam bidang agama jika dia tidak tahu bahwa untuk menguasai makna-makna bathin dari al-Quran seseorang itu wajib menguasai lebih kurang lima belas ilmu?
- Adakah dia dikatakan berilmu dalam bidang agama jika dia tidak tahu bahwa untuk menguasai Hadith, seseorang itu wajib menjadi Muhaddithin ( penghafal Hadith)?. Tahukah dia berapa Hadith seseorang Muhaddithin itu wajib hafal?
- Adakah dia dikatakan berilmu dalam bidang agama jika dia tidak pernah kaji Azbabul Nuzul, tidak pernah kaji Hayatus Sahabah dan bukan alim empat Mazhab?
- Adakah dia dikatakan berilmu jika tidak ada Ulama atau mana-mana Maulana yang telah ijazahkan mereka? Sudahkah dia khatam kitaab Bukhari contohnya? Jika suday, ulama mana yang ijazatkan dia?
PALING BAGUS IALAH KITA CUBA JAWAB SOALAN-SOALAN DI ATAS SUPAYA KITA TIDAK LAGI SUKA TANYA: DIA TU ADA ILMUKAH?
No comments:
Post a Comment