WHAT IS THIS SITE ABOUT?
This site is dedicated to establish the fact that our ultimate success in this Dunia and Akhirat is only in religion - obedience to Allah s.w.t and following the Sunnah of Nabi s.a.w.
I think before we venture into a sacred and holy issue like religion, we should at least qualify ourselves, right? So, I have posted this three mind-boggling questions for all of us to answer or just ponder.
What are your necessities in life on earth and who fulfilled it?
What are your responsibilities in life here on earth?
This simple qualification is togauge our awareness on our purpose, neccessities and responsibilities.
In this blog, I shall commit to these basic tenets....
-I shall not dwell into hukum hakam, halal haram as those are better handled by an Ustaz or Alim. After all, hukum hakam is just 1/6 of the Quran! What is the other 5/6? Muslims are already engaged in thousands of arguments and we don't need to further fan the fire or "tragedy". I was told, even in Solat, there are more than 200 "point of disagreement"!
-I shall not dwell into furu', Fiqh and other intricacies. Islam has 2 major sects, 4 major Mazhabs, more than 20 types of fikrah, many ideologies, different political affiliations and other trends. Discussions on this is filled to the brim, some already exploded! So, I am not wasting time in any war of words on any issues with anyone.
-I shall dwell into sharing with you some food for the soul. As our body needs nutrients, our soul too needs nur (light) in the form of reminders from the Quran, Hadith, Hayatus Sahabah, provoking questions and fikir to enlighten our hearts! An enlightened heart ( heart filled with the Greatness of Allah and the love of Nabi s.a.w, virtues of amal and promises of Allah etc) will drive us to amal, insya Allah. It is all about our iman (faith) and our amal ( deeds)
-I shall dwell into instilling the fikir, risau and bimbang ( thoughts, worries and anxiety) of Nabi s.a.w towards his ummat and the fikir, risau and bimbang about the state of our iman and the quality of our amal.
-I shall dwell into imparting the virtues of amal ( fadhillat amal) so that we can value each amal and be convinced of the promises of Allah s.w.t behind each amal. Only when we know the virtues of amal would we be encouraged to amal!
-I shall qualify that most posts here are excerpts or notes dictated from the many sermons I attended the last fifteen years and books, audio and video presentations by many Ulama's, Hafiz, Muhaddith, Alims and Maulanas from all over the world. I shall also qualify that the posts here can be referred to many Muktabbar books on Islam.
-I shall qualify that our limited knowledge on Quran and the known Muktabbar books of Islam may lead us to perceptions, misinterpretation and assumptions on some issues. If to understand Quran needs 17 key ilm (knowledge) and with 300000 Hadith in different Books and 4 different Mazhabs with different interpretations, I think we can agree the huge task for all of us to grasp Islam. However, there is indeed, today, although very rare and few, people who are a Hafiz, a Muhaddith and an Alim of the four Mazhabs! Yes! We just need to "identify" their traits and if possible, muzakarrah with them. However, identifying that trait is a different ilm altogether!
-I shall ensure that contents of this blog is about self-correction, not correcting others! It was not intended to be educational nor producing decrees or fatwa! You can't be an Ustaz by visiting this Blog! It is for you and me to gauge the state of our iman and amal. When we know our state of iman and amal, measured against a certified yardstick i.e yardstick in the eyes of Allah swt and Rasulullah s.a.w, we will know "how good or bad we are"! So, from there we would begin to see what we need to do to enhance our iman and amal!
Agree? Are you with me?
I am also happy to hear your comments! By the way, for the benefit of all, I do mix English and Malay in my blog purely to maintain the authenticity of the notes and messages. Please comment...
May Allah give us hidayat. Doa...
Monday, September 28, 2009
NABI S.A.W DIHANTAR UNTUK SELUROH ALAM HINGGA KIAMAT!
Adakah kita faham lingkungan tanggungjawab dan besarnya kenabian Nabi s.a.w ini?
Friday, September 25, 2009
TINGGALKAN PERDEBATAN!
Sabda Rasulullah s.a.w: "Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya" [HR Abu Daud, disahihkan Albani]
Thursday, September 24, 2009
SEDIKIT PENERANGAN TENTANG SALAH ANGGAP ORANG AWAM TENTANG USAHA DAKWAH DAN TABLIGH
Q1:Jemaah Tabligh matikan ruh jihad.
Jawapan: Orang yang keluar untuk dakwahkan kalimah laa ilah hailallah dengan diri, masa dan hartanya baik di dalam dan di luar negeri ialah orang yang benar-benar menghidupkan ruh jihad, bukan mematikannya! Nabi s.a.w pun tidak perangi sesiapa untuk dapatkan kuasa. Kuasa, Allah s.w.t akan anugerahkan bila iman orang-orang Islam sempurna! Tertibnya ialah bila orang menolak dakwah Nabi s.a.w, Nabi s.a.w akan beri tempoh dan jika tidak juga akur, Nabi s.a.w akan perangi mereka!
Q2:Jemaah Tabligh tidak tegakkan Syariat Allah.
Jawapan: Apa takrif tegakkan Syariat Allah? Dengan dakwah ilallah dari Jemaah Tabligh setiap saat di serata alam, Allah s.w.t Yang Maha Esa kembali disembah, Sunnah-sunnah Nabi s.a.w kembali diamalkan, masjid-masjid dihidupkan kembali, azan mula dilaungkan kembali, serban mula dipakai, kerja dakwah ilallah yang menjadi tanggungjawab ummat dijalankan semula, hukum-hukum Islam kembali dipatuhi dalam kehidupan orang-orang Islam dimana-mana di 150 buah negara, termasuk negara-negara kafir tanpa perlu kepada kuasa (Kerajaan) atau jalan peperangan! Itulah menegakkan Syariat Islam yang sebenar! Laa ilah hailallah dibangunkan dan disebarkan!
Jika ada tuduhan dan soalan lagi, bacalah buku "Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Tabligh"! Istighfarlah banyak-banyak dari membuat tuduhan-tuduhan ke atas jemaah yang berniat baiki diri, berusaha di atas jalan yang mirip-mirip cara Nabi s.a.w dan ikhlas ini semata-mata dari ikutan, fitnah-fitnah jahat, dalil-dalil yang lemah, nafsu dan kejahilan tentang erti ayat-ayat Quran, maksud Hadith, sejarah Azbabul Nuzul, cerita-cerita iman dari Hayatus Sahabah dan Fiqh 4 Mazhab. Allah s.w.t sedang lindungi usaha ini dimana-mana. Penentang-penentang kepada usaha ini ramai telah dihapuskan atau diberi hidayat dan sedang pun berdakwah! Inilah usaha yang Haq dan Bathil (usaha-usaha kuffar dan usaha-usaha orang Islam yang tidak ikut tertib Allah s.w.t dan Sunnah Rasul s.a.w) PASTI akan gagal.
5 KUNCI UTK DAPATKAN BANTUAN ALLAH
1 mencintai masjid
2 solat tahajjud
3 rajin bersedekah
4 bantu orang lain
5 banyak berselawat
AGAMA ADALAH PERKARA MESTI DAN IJTIMAI!
Zaman Kita - Agama ialah satu perkara yang PILIHAN dan INFRADI
Inilah sebabnya orang-orang Islam mulia di Zaman Nabi s.a.w dan orang-orang Islam hina di Zaman Kita. Hari ini, adakah satu usaha untuk membawa umat Islam ini kembali kepada agama seperti tahap agama dan sifat beragama di Zaman Nabi? Jawapannya, ada! Ada segelintir orang-orang Islam yang korbankan diri, masa dan harta mereka hari-hari untuk berjumpa dengan semua orang Islam dengan hikmah dan kasih sayang, ceritakan nilai-nilai iman, janji-janji Allah s.w.t dan kelebihan-kelebihan sesuatu amal hinggalah orang-orang Islam rasa mereka MESTI amalkan agama dan dengan mengajak orang Islam kepada solat di masjid, mengajak kepada satu fikir, satu hati dan satu kerja (i.e dakwah ilallah), umat akan jadikan agama itu perkara IJTIMAI kembali!
Ikutilah jemaah itu dan belajarlah "usaha" Nabi s.a.w bersama-bersama mereka.
PENYEMPURNAAN HAQ KALIMAH ASAS PENYATUAN UMAT ISLAM!
Hari ini orang Islam berpecah kepada lebih tujuh puloh (70) golongan kerana semua percaya pada Allah s.w.t tetapi mereka masih rasa kuasa juga pemelihara, takhta juga pemelihara dan senjata juga pemelihara yang mesti ada disamping Allah s.w.t seolah-olah Allah s.w.t tidak cukup berkuasa dan perlukan makhluk-makhluk itu! Oleh kerana yaqin di dalam hati orang-orang Islam ialah pada ilah-ilah itu (rasa perlu ada dan tidak boleh tidak), kumpulan-kumpulan orang Islam yang dalam perpecahan ini bergaduh dan mengecam antara satu sama lain!Masing-masing keluarkan fatwa yang cara mereka dibolehkan! Yang hendak berpolitik kata politik dibolehkan dalam Islam. Yang hendak cara bersenjata kata jihad bersenjata dibolehkan dalam Islam! Yang hendakkan ekonomi pun ada hujah-hujahnya yang macam-macam asalkan sahaja ia dapat menegakkan cara mereka! Jika diselidiki dan ditanya, masing-masing kata itu dari jumhur ulamak! Soalnya, Ulama mana? Soalnya, Ulama dari zaman mana?
Ada pula kumpulan yang mengambil Allah s.w.t sahaja sebagai ilah, mereka tidak percaya pada makhluk tetapi berpecah pula dari segi hendak mengikut Sunnah Nabi s.a.w atau mengikut Nafsu mereka! Kasihan!
Orang Islam, jika hendak bersatu dan dijayakan oleh Allah s.w.t wajib mengambil Allah s.w.t sahaja sebagai ilah dan mengambil Sunnah Nabi s.a.w sahaja sebagai ikutan macam apa yang Sahabat-sahabat radhiallah hu anhum telah buat! Allah s.w.t telah redhai mereka dan jayakan mereka! Hari ini orang Islam sibuk hendak berhujjah bab-bab aqidah orang lain, sibuk hendak berdebat bab hukum hakam, sibuk hendak perjuang Islam dan inginkan negara tetapi asas kalimah pun belum ada! Ilah mereka (orang-orang Islam) belum bulat-bulat Allah s.w.t dan mereka belum dapat taat pada Sunnah Nabi s.a.w 100 %! Bolehkah ada kemenangan untuk Islam jika ilah mereka selain Allah s.w.t dan cara mereka selain cara Nabi s.a.w? Bolehkah ada kemenangan untuk orang Islam yang dalam perpecahan? Adakah Allah s.w.t suka orang-orang Islam berpecah?
Fikir...
KEPENTINGAN KELUAR DIJALAN ALLAH S.W.T. ADA CERITANYA DALAM QURAN!
Ayat Taubah 118 menceritakan tentang Ka'ab bin Malik, Mirarah bin Rabi al Amiri dan Hilal bin Umayah, tiga (3) orang antara lapan puloh (80) orang yang tidak ikut Nabi saw ke ghazwah Tabuk. Untuk yang lain-lain, Nabi s.a.w terima alasan-alasan yang di beri tetapi bagi Ka'ab dan dua orang lagi itu Nabi s.a.w bersabda: "Bangkitlah kamu sehingga Allah s.w.t membuat keputusan untuk kamu". Oleh kerana Nabi s.a.w tidak terima alasan mereka, tiga (3) orang itu resah dan merasakan sempit dunia ini kerana semua Sahabat-sahabat sisih dan pulau mereka selama lima puloh (50) hari. Akhirnya turun wahyu pada Nabi s.a.w yang Allah s.w.t telah ampunkan mereka! Kenapa Allah s.w.t ceritkan kisah ini dalam Quran?
Itulah sifat Sahabat-sahabat! Yang tidak keluar di jalan Allah s.w.t resah, rasa sempit dunia dan yang lain pulaukan mereka yang tidak keluar! Kita? Yang tidak keluar senang hati dan rasa lapang dunia dan mengutuk serta memulaukan pula orang yang keluar! Terbalik kita! Itulah sebabnya Islam mulia dulu dan hina sekarang! Fikirkan..
BEBERAPA JANJI ALLAH YANG TELAH DIZAHIRKAN
Di Sri Lanka dan South Africa, perkara ini sudah jadi kenyataan! Orang-orang Islam di sana pegang ekonomi, stesen-stesen TV, bank-bank dan lain-lain. Mereka selamat dari perang-perang! Mereka tidak ada kerajaan Islam pun tetapi janji-janji Allah s.w.t kepada mereka tetap benar! 75 %org Islam lelaki baligh di sana solat lima (5) kali berjemaah. Kerja-kerja dakwah ilallah hidup dimana-mana! Kita pula bagaimana? Kita tidak tahu dan tidak yaqin dengan janji-janji Allah s.w.t itu! Apa yang kita tahu dan yakin? Kita yaqin semua ada ditangan orang politik, bukan ditangan Allah s.w.t! Betul? Apa buktinya? Orang-orang Islam bermati-matian berpolitik tanpa berusaha ke atas iman, taqwa dan solat umat ini! Apa bukti? Hari ini, di Malaysia ini, 1% sahaja dari orang-orang Islam yang solat lima (5) kali berjemaah! Kerja dakwah ilallah pula diabaikan malah dihina tetapi orang Islam ada keinginan hendak memerintah dan memegang ekonomi! Layakkah orang-orang Islam di dini dijadikan pemerintah? Adakah mereka layak di sisi Allah s.w.t?
Kata Ulama, orang Islam kena buat kerja mereka (jadi mukmin, taqwa, solat berjemaah dan jalankan kerja dakwah ilallah) barulah Allah s.w.t akan buat kerja Allah s.w.t i.e beri natijah (tunaikan janji-janjiNya).
Hari ini orang Islam tidak mahu membuat kerja mereka tetapi mereka hendak membuat kerja Allah s.w.t! Inilah penyakitnya!
Wednesday, September 23, 2009
KEYAKINAN, PERMINTAAN DAN PENGHARAPAN ORANG ISLAM KEPADA SIAPA?
Allah s.w.t kata solat dapat cegah mungkar, orang Islam pula kata undang-undang Islam dapat cegah mungkar!
Allah s.w.t kata orang tinggal solat robohkan Islam, orang Islam pula kata pengaruh Barat (Yahudi Nasarah Sekular dll) yang robohkan Islam!
Allah s.w.t kata Syaithan dan Nafsu angkara berlakunya maksiat, orang Islam pula kata Kerajaanlah angkara berlakunya maksiat!
Allah s.w.t kata Aku aturkan harga dan untung rugi kamu dimalam Nisfu Syaaban, orang Islam pula kata harga naik kerana Kerajaan!
Orang-orang Islam sendiri tidak dapat kaitkan apa-apa yang berlaku dalam dunia ini dengan agama mereka dan janji-janji Allah s.w.t! Kasihan! Cakap-cakap orang Islam sendiri macam cakap orang-orang yang tidak beragama! Allah s.w.t tidak dikaitkan langsung! Hakikatnya, semua yang berlaku adalah dari Allah s.w.t dan dengan izin Allah s.w.t. Bukan itu sahaja, semua penyelesaiannya juga dari Allah s.w.t!
Orang-orang Islam belum yakin bahwa semua penyelesaian kepada segala masalah ada di dalam agama mereka dan ianya percuma! Semua punca-punca dan juga cara-cara mencegah mungkar, menegakkan agama, melawan maksiat dan lain-lain semuanya telah Allah s.w.t tunjukkan pada Nabi s.a.w dan Nabi s.a.w telah ajarkan, amalkan dan telah buktikan keberkesanannya! Malangnya, dimanakah iman orang-orang Islam kepada apa yang Nabi s.a.w bawa dan terhadap janji-janji Allah s.w.t? Bagaimanakah iman orang Islam kepada cara (Sunnah) Nabi saw? Apakah ghairullah (selain dari Allah s.w.t) yang buat segala-galanya, bukan Allah s.w.t? Apakah ghairullah (selain dari Allah s.w.t) yang selesaikan segala-galanya, bukan Allah s.w.t? Yaqin pada selain Allah s.w.t yang berkuasa itu dipanggil apa?
Inilah tahap iman orang-orang Islam dan juga "pejuang-pejuang" Islam! Macam mana bantuan Allah s.w.t akan datang pada orang-orang Islam dan orang-orang Islam hendak dimenangkan ke atas orang-orang kafir oleh Allah s.w.t jika keyakinan, permintaan dan pengharapan orang-orang Islam bukan pada Allah s.w.t?
Fikirkan....
CAN WE ANSWER THESE QUESTIONS IN THE QUBOR?
1-Allah is our Rabb if in Dunia we never glorify Allah in front of people, never invite people to wards Allah and never defy Makhluk (power, rank, wealth, job etc) as our sustainer or Rabb?
2-Nabi saw is our Prophet and we can recognize him when his image is shown to us if in Dunia we never follow the Sunnah - appearance, ways/deeds and thoughts of Nabi saw, never invite others towards Sunnah and never continue his biggest Sunnah i.e the work of dakwah ilallah?
3-Muslims are our ikhwan (brothers) if in Dunia we never visit them, love them, fulfill their haq as brothers in Islam, refrain from hurting them with our hands and tongue and we never know forty (40) of our neighbors?
4-Quran as our guide if in Dunia we never knew and took any lessons from the key points of the Quran - what is in Tauhid, what is in the work of Dakwah of all Prophets, what is it about the Ob edient, what is it aboutt the Kuffar, what is it in Akhirat and what is it in Fiqh and never amal (perform) all the commandments in it?
Excerpt from Majlis Fikir Iman Amal. Insya Allah, we take iktibar and tell others.
TIGA MANUSIA YANG DIJANJI REZKI, BANTUAN ALLAH DAN SYURGA!
Moga Allah berikan kita Hidayah untuk mampu mengamalkan Hadith ini. Amin
HADITH YANG MENITIKBERATKAN HUBUNGAN SESAMA MUKMIN
AMINKANLAH DOA INI
PENTINGNYA UMAT ISLAM HARI INI DISATUKAN!
USAHA ORANG YANG DIBERI KEFAHAMAN AGAMA
"Orang yang dicintai Allah s.w.t ialah yang diberi kefahaman agama. Orang yang faham agama, dia akan gunakan Dunianya untuk Akhiratnya. Orang yang tidak diberi kefahaman agama, dia akan musnahkan Akhiratnya untuk Dunia. Hati kita ini ialah medan peperangan antara usaha Rasul-rasul dan usaha Iblis, tidak akan habisnya peperangan ini sehingga kita mati. Kalau kita leka, musuh Iblis akan tembak kita. Lebih bahaya lagi kalau kita tidak tahu adanya peperangan itu"
Sebarkan kepada seluroh manusia yang ingin jadi "pendakwah"
TAHUKAH KITA NILAI DUNIA?
Penerangan:
Oleh kerana Dunia ini tidak bernilalah maka orang-orang kafir pun dapat (diberi) minum! Ibarat sesuatu yang tidak berharga pada kitalah - kita tidak kisah apa jadi dengan perkara itu. Contohnya rumah kita. Rumah kita berharga pada kita maka kita tidak sewenang-wenangnya membiarkan sesiapa masuk atau buat apa dia suka dalam rumah kita! Begitulah dunia ini di sisi Allah s.w.t! Ia tidak bernilai di sisi Allah s.w.t! Oleh kerana Dunia ini tidak bernilai di sisi Allah s.w.t, yang langgar perintah Allah s.w.t dan yang menolak Allah s.w.t sebagai Tuhan ( orang-orang kafir) pun dapat nikmati dunia ini!
Bagaimana pula nilai Dunia ini pada kita?
ISLAHKAN DIRI ANDA DENGAN MENGAJAK ORANG PADA KEBAIKAN!
"Aku bukanlah orang yang baik-baik sangat tetapi ke arah kebaikkan itu adalah aku usahakan. Aku bukanlah Ustaz, Alim ulamak, Mufti atau apa sahaja yang setanding dengan golongan itu cuma seorang dari umat Nabi s.a.w yang sentiasa hendak baiki diri dan orang sekeliling, insyaAllah. Aku tahu bahawa memberi hidayat dan petunjuk bukan kerja manusia tapi menarik hidayat dan petunjuk ialah kerja manusia (aku) dan kerja kita semua. Janganlah lupa dan jangan rasa terpinga-pinga"
Orang yang kata begini tidak akan melihat orang lain rendah, tidak akan menghukum orang dan tidak akan menyalahkan orang lain apabila berlaku kemaksiatan!
Sama-sama kita renungkan kata-katanya yang ringkas tetapi dalam maknanya!
UNTUK BERJAYA, PANDANG KE BELAKANG!
Susah hendak faham? Tidak boleh terima?
Perkataan "memandang ke belakang" itu bermaksud merujuk, mengenali sifat-sifat unggul orang-orang terdahulu i.e Nabi s.a.w dan Sahabat-sahabat Nabi s.a.w serta mengikuti mereka kerana merekalah orang-orang yang telah berjaya - Allah s.w.t telah terima iman mereka dan telah nyatakan keredhaanNya pada mereka! Lebih jauh kita dari zaman mereka, lebih terhakis, lebih kurang dan lebih hilangnya nur dan roh amalan kita dari nur dan roh amalan mereka! Itu maksudnya!
MEMBUKA AIB ORANG IALAH FASIK
"Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,) maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]
Thursday, September 17, 2009
KENAPA DOA KEHANCURAN UNTUK ISRAEL/AMERIKA TIDAK DIMAKBUL LAGI?
Pencuri yang dirotan polis sabar menahan sakit. Jika dia doa kehancuran untuk polis itu, adakah doa dia diterima? Kata ulama, tidak! Kenapa? Dia ada sifat sabar tetapi tiada sifat taqwa! Dalilnya? Nabi Yusof a.s telah disusahkan, difitnah dll tetapi akhirnya dia dilepaskan dari segala musibah-muasibah itu kerana baginda ada sifat sabar dan taqwa! Di dalam Quran, Allah s.w.t sentiasa sebut sabar dan taqwa sekali!
Hari ini apabila umat islam diserang, dibunoh dan diazab, rata-rata orang Islam bersolat hajat dan membuat qunut nazilah-doakan kehancuran Israel/ Amerika! Apa jadi? Berbeza dengan Nabi Yusof a.s, Allah s.w.t tidak hancurkan Israel/Amerika dan tidak melepaskan orang-orang Islam dari musibah-musibah itu! Kenapa? Ulama kata: orang-orang Islam ada sifat sabar tetapi tiada taqwa! Bukti? Orang Islam yang lupa kalimah, yang tinggal solat adalah lebih dari 80% dan yang langgar perintah Allah s.w.t ada berjuta-juta! Bukan itu sahaja, kata Ulama, bantuan Allah s.w.t datang dalam bentuk ijtima'i, pada jemaah! Hari ini jemaah pun tidak ada! Takrif jemaah ialah satu fikir, satu hati, satu kerja dan berkasih sayang sesama mereka! Adakah orang Islam hari ini macam itu?
Dipetik dari majlis agama.
This probably is the answer to why the Palestinians are in peril for forty (40) years and still is! In Surah Yusof lies the explaination!
AWASI PUAK YANG KATA MEREKA SAHAJA AHLI SALAF!
Imam Abu Hanifah (wafat 149H), Imam Malik (wafat 179H), Imam Shafie (wafat 204H) dan Imam Ahmad Hambal (wafat240H). Walaupun begitu, Imam-imam ini tidak mengaku Salafi walaupun mereka semua dilahirkan di kurun Salafussalih (300 tahun dari kenabian Nabi s.a.w - zaman Sahabat-sahabat, Tabi'en dan Tabit tabi'en). Pengikut-pengikut Imam yang empat (4) ini pun tidak panggil diri mereka Salafi! Mengapa Wahabi yang lahir 1114 H rasa dia Salafi dari empat (4) Imam di atas? Mengapa pengikut-pengikut Wahabi rasa mereka sahaja yang Salafi?
Satu yang pelik! Umpama akar kata dia lebih baik dari rotan! Moga-moga pengikut-pengikut Wahabi/Salafi ini diberikan hidayah oleh Allah!
APA KEINGINAN ALLAH S.W.T KE ATAS HAMBA-HAMBANYA?
Di dalam Quran Allah s.w.t kisahkan cerita-cerita dakwah Nabi Nuh a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Ibrahim a.s dan dakwah semua Nabi-nabi di dalam Surah Al Anbiya! Kenapa dalam Quran banyak cerita dakwah? Apa tujuan Allah s.w.t kisahkan dakwah Nabi-nabi terdahulu? Dakwah sebenarnyalah satu perkara besar! Allah s.w.t ingin mengajar kita umat Muhammad s.a.w ini sesuatu! Allah s.w.t telah bantu Nabi-nabi itu, jayakan mereka dan hapuskan Raja-raja dan penguasa-penguasa yang tolak dakwah Nabi-nabi itu! Setelah Nabi s.a.w, Sahabat-sahabat pula yang tidak ramai, yang tidak lengkap senjata telah jalankan tanggungjawab dakwah yang Allah s.w.t telah amanahkan pada umat ini! Perkara yang sama mereka dapat! Mereka dapat bantuan Allah s.w.t dan kejayaan!
Hari ini orang Islam tahukah apa keinginan Allah s.w.t? Orang Islam tahukah apa kehendak Nabi s.a.w untuk umat ini? Orang Islam kenal dan tahukah siapa Sahabat-sahabat? Mereka tahukah apa taraf Sahabat di sisi Allah s.w.t dan Nabi s.a.w? Apa yang orang Islam buat hari ini? Adakah apa yang mereka buat menjurus kepada memenuhi keinginan Allah s.w.t dan cara Nabi s.a.w? Adakah orang Islam sedang membantu agama Allah s.w.t? Jika ya, dimanakah bantuan Allah s.w.t? Jika benar orang Islam telah dan sedang berdakwah, kenapa orang Islam masih tidak bersatu dan dakwah itu tidak menyatukan? Bukankah Nabi s.a.w dengan perantaraan dakwah telah menyatukan 17 kabilah? Kenapa, kita yang sedang berpecah masih merasakan yang kita sedang berdakwah atau dakwah ujud? Fikir
Wednesday, September 16, 2009
BERKHIDMAT DAN MEMULIAKAN ORANG KERANA ALLAH S.W.T
Nabi s.a.w telah khidmat dan muliakan seorang kafir yang juga hamba i.e Bilal agar Bilal datang pada agama. Hari ini tidak ada satu Ustaz yang tidak kata: kita kena kembali kepada cara Nabi s.a.w! Cakap memang mudah tetapi berapa orang Ustaz yang sudah ada sifat ikraam ini? Usahkan dengan Kafir, dengan orang-orang Islam pun sifat ikraam ini belum ada lagi!
Fikirkan.
ALLAH WILL MAKE ALL POWERS SUBMIT TO US IF....
This notion was proven! Sahabah of Nabi s.a.w only thought of Allah s.w.t! Allah s.w.t made them powerful over Rome and Persia which has a 700 year history of power and conquest! Sahabah only had a few years of civilization! Of the 17 wars in Islam, most were won when Muslims were out numbered - 300 against 1000, 3000 against 300000 and some wars were in the fasting month of Ramadhan! Muslims today must know why Allah s.w.t's help descended and they must correct their faith in Allah s.w.t to be powerful ! Laa haula wala quwata illah billah must be expressed through action, not mere words. Muslims must must discard from their hearts (weapons as mere tools but not as doer) all other powers to gain the Qudrat of Allah s.w.t! This is the basis of iman!
BANTUAN ALLAH S.W.T BERSAMA AL-JAMAAH
ISLAMIC STATE - IS IT THE MAIN INTENT?
(key queries collected from many forums in many Islamic websites and verbal questions and it is summarised below for clarity)
1-Did Allah s.w.t specifically command us to establish an Islamic State or Allah s.w.t will grant it? Why isn't there a single ayat in the Quran and Hadith commanding it? In the Quran, there are eighty (80) ayats on Zikir, sixty (60) ayats on Dakwah and others but no ayat on setting an Islamic State. Why?
2- Is "menegakkan syariat" equated as "islamic law through power in a nation" by Ulama' who were living out of the times of the khairun qurun (300 years of the times of Nabi s.a.w-the Sahabah-the Tabien-the Tabit tabien)? Did the four (4) imam of jurisprudence passed any decree on the issue of setting up an Islamic State or was it ijtihad of later years "Ulama"? What is the basis of this question? Nabi s.a.w asked us to emulate those from khaIrun qurun only!
3-If "mendirikan negara islam" is that important, why didn't Allah s.w.t grant to Nabi s.a.w power, armies and weapons so that Nabi s.a.w can impose Syariah Law in Mecca and Madinah?
4-Is it the intent of Allah s.w.t that some of His slaves is void of iman (faith) and live in non-Islamic State? Isn't all Prophets and Prophet Muhammad s.a.w himself were sent to invite all humanity to iman (faith) regardless of race or location?
5-Was Nabi s.a.w sent for setting up one Islamic State or was he sent to the whole world as rahmatul alamin? In the Quran, surah Al Anbiya talks about the mission of all Nabi and Prophets and there was no mention whatsoever about Prophets sent, as their main mission, for stateship! In fact, Nabi s.a.w was offered a nation in place of dakwah ilallah and he declined!Why didn't Ibrahim a.s took over the reign of Namrud after Namrud dethroned? Why didn't Musa a.s. took over the reign of Firaun after Firaun died? This is the basis of this question.
6-Is "Perjanjian Hudaibiyah" and "Piagam Madinah" one of the same document? Is it being named Piagam Madinah by someone and "sold" as the perlembagaan of an Islamic State to jus tify their fight for an Islamic State? Is it the same document?
7-If it was a decree by the Ulama, what then is the proper way to gain Islamic State? Was it mentioned in that "decree" that "perjuangan" must be by politics only? What about those who fight through arms and revolution? Did they follow a different decree? What about those who fight through knowledge, preaching, books etc? Why isn't Muslims streamlined and coordinated in their efforst? How many decrees were passed or was there any decree at all in the first place?
Many more questions raised, discussed and debated but sufficed to say that these are the major ones I managed to recall and collect.
Wallah hua a'lam
APAKAH PUNCANYA UMAT ISLAM ENGKAR DAN TAAT?
DUA RACUN YANG ORANG ISLAM AKAN TELAN DIPERSADA POLITIK!
Hari ini untuk dapatkan kuasa (matlamat), orang sanggup gunakan apa sahaja (cara) termasuk mengikut landasan yang salah dan tertib yang salah! Untuk meraih undi, orang akan cakap, buat dan janji apa sahaja untuk sukakan manusia (pengundi) walau pun jelas Allah s.w.t tidak suka sepert membuka aib orang, memfitnah, mengumpat dll. Nauzubillah! Di dalam agama, tidak ada satu perkara pun yang Allah s.w.t tidak wahyukan pada Nabi s.a.w dan Nabi s.a.w tidak tunjukkan pada umatnya!. Kata Ulama, jika perkara masuk tandas dan berjimak pun ada diajar inikan pula perkara menegakkan Syariat Allah s.w.t! Apakah kunci perjuangan Nabi s.a.w? Bagaimanakah Syariat Allah s.w.t tertegak dahulu? Apakah yang Nabi s.a.w dan Sahabat-Sahabat buat dahulu dan apa yang kita buat sekarang? Adakah kita meniru, mengikut dan merujuk kepada mereka (Nabi s.a.w dan Sahabat-Sahabat) atau kepada orang-orang yang belum diiktiraf keimanan dan cara mereka? Cara siapakah yang orang Islam guna dan ikut? Adakah cara kita sama dengan cara Nabi s.a.w?
Lihatlah apa yang berlaku hari ini. Orang Islam berpecah-belah kerana apa? Jauhnya umat ini dari beriman kepada Allah s.w.t, dari amal-amal cara Nabi s.a.w dan orang-orang yang Allah s.w.t redhai!
Bagaimanakah Allah s.w.t nak lihat dan bantu umat ini?
Tuesday, September 15, 2009
PENTINGNYA UMAT ISLAM HARI INI KELUAR DI JALAN ALLAH S.W.T
Ayat Taubah 118 menceritakan tentang Ka'ab b Malik, Mirarah b Rabi al Amiri dan Hilal b Umayah, tiga orang antara 80 orang yang tidak ikut Nabi s.a.w ke Ghazwah Tabuk. Untuk yang lain-lain, Nabi s.a.w terima alasan-alasan yang diberikan oleh mereka tetapi bagi Ka'ab dan dua orang lagi ini, Nabi s.a.w bersabda: "Bangkitlah kamu sehingga Allah s.w.t membuat keputusan untuk kamu". Oleh kerana Nabi s.a.w tidak terima alasan mereka, tiga orang itu resah dan merasakan dunia itu sempit kerana semua Sahabat-Sahabat telah sisih dan pulau mereka selama lima puloh (50) hari. Akhirnya turun wahyu kepada Nabi s.a.w yang Allah s.w.t telah ampunkan mereka! Kata Ulama, kenapa Allah s.w.t ceritakan kisah ini di dalam Quran?
Itulah sifat Sahabat-Sahabat Nabi s.a.w! Yang tidak keluar di jalan Allah s.w.t resah, rasa sempit dunia dan yang lain memulaukan orang-orang yang tidak keluar! Kita? Yang tidak keluar senang hati, rasa lapang dunia dan mengutuk serta memulau pula orang-orang yang keluar! Terbalik kita!
Itulah sebabnya Islam mulia di zaman Sahabat-Sahabat Nabi s.a.w dahulu dan hina di zaman kita sekarang! Fikirkan..
JANJI-JANJI ALLAH S.W.T UNTUK IMAN DAN TAQWA KITA!
Di Sri Lanka dan South Africa, orang-orang Islam pegang ekonomi, stesen-stesen TV, bank-bank dan lain-lain! Mereka selamat dari perang-perang! Mereka tidak ada kerajaan Islam pun tetapi janji Allah s.w.t pada mereka tetap benar! 75% orang Islam lelaki baligh di sana (Sri Lanka dan South Africa) solat lima waktu berjemaah. Kerja dakwah ilallah hidup di mana-mana! Kita? Kita tidak tahu dan tidak yaqin pun dengan janji-janji Allah s.w.t! Kita yaqin pada apa? Kita yaqin semua ada di tangan orang politik, bukan di tangan Allah s.w.t! Apa buktinya? Orang-orang Islam bermati-matian berpolitik tanpa berusaha ke atas mwemperbaiki iman, taqwa dan solat umat ini! Bukti? 1 % saja orang Islam di Malaysia ini yang solat lima waktu berjemaah dan kerja dakwah ilallah telah diabaikan malah dihina! Dalam keadaan itu, orang Islam masih teringin hendak menjadi pemerintah dan pegang ekonomi! Layakkah kita di sisi Allah s.w.t berdasarkan kepada syarat-syarat Allah s.w.t di atas?
Orang Islam kena buat kerja mereka (jadi mukmin, taqwa, solat berjemaah dan buat kerja dakwah ilallah) dan barulah Allah s.w.t akan buat kerja Allah s.w.t i.e memberi natijah (tunaikan janji-janiNya). Hari ini orang Islam tidak mahu membuat kerja dia tetapi mereka mahu buat kerja Allah s.w.t!
Fikirkan dan sebarkan!
3 JENIS IMAN. IMAN MANA YANG MANTAP?
1-IMAN berasaskan mukjizat seperti iman Bani Israel. Kurang mantap! Beriman hanya setelah lihat tongkat jadi ular dan laut terbelah tetapi bila Musa tinggalkan 40 hari saja, mereka kembali kufur dan menyembah sapi!
2-IMAN berasaskan warisan seperti iman kita. Kurang mantap! Mudah tercabut iman kerana nilai-nilai iman tidak tertanam dalam hati kerana ia dapat secara mudah dan percuma, tanpa apa-apa kesusahan. Yaqin dan tawakkal pada Allah s.w.t kurang! Apabila hilang asbab atau punca, takut dan resah! Apabila sakit, terus cari Panadol atau doktor, tidak rujuk atau minta dari Allah s.w.t dahulu! Apabila banyak duit gembira dan apabila tidak ada duit, sedih! Di dalam hati masih banyak penggantungan, pengharapan, minta, harap dan yaqin kepada Makhluk
3-IMAN berasaskan mujahaddah seperti iman para-para Sahabat Nabi s.a.w. Paling mantap! Mereka asalnya tidak beriman tetapi dapat kalimah dan terpaksa buat usaha atas iman mereka dengan mempertahankan dan mengharungi dugaan demi dugaan kerana kalimah yang mereka ada dan bawa itu! Mereka juga buat kerja dakwah ilallah i.e jajakan kalimah yang mereka ada itu dengan Nabi s.a.w yang dengannya, Allah s.w.t telah kuatkan iman yaqin mereka dan iman yaqin tertanam dalam hati mereka sehinggakan iman mereka tidak mudah tercabut! Buktinya? Kerana imanlah mereka beri diri, masa dan harta kepada Nabi s.a.w untuk Nabi s.a.w gunakan untuk agama Allah s.w.t! Mereka semua mati dihujung-hujung dunia berkorban di jalan dakwah dan jihad! Allah s.w.t telah uji, terima danj iktiraf iman mereka dengan gelaran radhiallah huanhu! - Ulama
Kita wajib usahakan iman kita ke tahap iman mujahaddah kerana inilah iman yang diiktiraf oleh Allah s.w.t!