Allah swt hapuskan Namrud laknatullah bukan dengan memberi kerajaan, kuasa dan tentera kepada Ibrahim a.s supaya Ibrahim a.s jadi kuat dan dapat kalahkan Namrud laknatullah! Ibrahim a.s cuma buat kerja beliau i.e dakwah ilallah dan Allah swt buat kerja Allah swt i.e hapuskan orang yang menolak dakwah Ibrahim a.s ie Namrud laknatullah dengan menghantar satu ekor nyamuk sahaja ke dalam kepala Namrud laknatullah! Begitu juga dengan Firaun laknatullah! Allah swt hapuskan Firaun dengan menghantar satu orang Nabi yang gagap sahaja! Nabi ini tidak diiringi dengan kerajaan, kuasa dan tentera untuk dakwahkan Firaun laknatullah kepada Allah swt. Firaun telah menentang! Apa jadi? Allah swt buat kerja dia i.e hapuskan orang yang menolak dakwah Musa a.s i.e Firaun ditenggelamkan!
Ibrahim a.s dan Musa a.s buat dakwah, Allah swt hapuskan raja-raja dan orang-orang bathil yang menolak dakwah! Yang peliknya, Ibrahim a.s dan Musa a.s tidak pun ambil alih kuasa kerajaan Namrud dan Firaun itu! Nabi-nabi itu tidak pun jadi Raja atau Presiden! Begitu juga Nabi saw! Siapa yang rendahkan tahap Nabi saw kepada ketua negara Madinah? Bukankah Nabi saw diutus sebagai Nabi untuk seluroh alam dan rahmatul alamin? Adakah mana-mana ayat Quran atau Hadith yang menyebut Nabi Muhammad saw sebagai "ketua Negara Islam Madinah"? Nabi saw adalah kekasih Allah swt, insan yang disuci dan dimuliakan dengan tugas mengajak seluroh manusia di seluroh alam kepada mentauhidkan Allah swt, mengajak manusia kepada Iman dan Amal, bukan mentadbir mana-mana negara!
Kisah-kisah Ibrahim a.s, Musa a.s dan Muhammad saw termaktub di dalam Quran tetapi orang-orang Islam tidak mahu mengambil apa-apa iktibar! Mereka tidak menganggap langsung yang Allah swt itu berkuasa dari cerita-cerita itu! Apa jadi bila mereka tidak faham dengan tertib Allah swt dari kisah-kisah Nabi-nabi dalam Quran? Mereka usaha dapatkan benda-benda atau perkara-perkara yang Allah swt tidak tertibkan (kerajaan, kuasa & tentera) dan meninggalkan usaha yang Allah swt perintahkan i.e jalankan kerja dakwah. Orang-orang Islam hendak membuat kerja Allah swt dan meninggalkan kerja mereka, dakwah ilallah! Sedih lagi ialah bila mereka kata mereka perjuangkan apa yang Nabi saw perjuangkan sedangkan maksud dan cara mereka jauh menyimpang dari cara Nabi saw!
Inilah punca utama orang Islam digagalkan dan tidak mendapat nusrah (bantuan) Allah swt! Orang-orang Islam tidak bantu agama Allah swt maka tidak ada nusrah dari Allah swt. Apa jadi? Doa orang-orang Islam ditolak, mereka dihina dimana-mana dan bathil tidak terhapus! Kenapa? Haq ie dakwah ilallah tidak ada! Kasihan ummat ini!
No comments:
Post a Comment