Beberapa sifat unggul Sahabat2 Nabi saw (orang2 yg Allah s.w.t telah nyatakan keredhaanNya pada mereka didalam Quran) yang mana jika sifat2 ini ada dalam diri kita nescaya mudahlah kita untuk amalkan keselurohan agama.
1-yaqin, minta & harap hanya pada Allah swt.
2-solat yang khusyu' (tetap hati) & khudu' (tetap anggota)
3-hakikat ilmu (faham ilmu masail-hukum hakam & ilmu fadhail-kelebihan satu2 amal serta yaq in dgn janji2 Allah) & zikir (sentiasa ingat Allah). mereka amalkan ilmu mereka.
4-hakikat ikraam muslimin (sayang, muliakan & tunaikan haq saudara2 Islam tanpa syarat. dah ulukan keperluan orang lain disaat dia sendiri memerlukan perkara itu)
5-ikhlas (korban dalam kerja agama, dakwah semata2 kerana Allah bukan untuk dptkan apa2 habuan)
6-dakwah & tabligh (pengorbanan diri masa harta dijalan Allah s.w.t buat dakwah ilallah. semua mereka adalah da'ei2 & semua telah tinggalkan perkara2 yang mereka sayangi kerana kerja dakwah ilallah. dari 124 ribu sahabat2, cuma 10 ribu sahaja yang qubor mereka di baqi' madinah. lainnya mati di seluroh alam. tariq bin ziad mati di sepanyol, amru bin aas mati di mesir, saad abi waqas mati di china & banyak lagi!
Iman & amal yang dapat redha Allah s.w.t sangat2 mahal harganya! Ia bukan mudah untuk didapati. Ia tidak mungkin datang dengan kita bersenang2 dalam rumah, dengan isteri, keluarga, duduk baca kitab & belajar ilmu dgn guru2/ustaz2 di surau/masjid sahaja. Apa Sahabat2 lalui & alami dengan Nabi s.a.w 13 thn di Mekah & 10 thn di Madinah? Mereka
bersenang2 dalam rumah, dengan isteri, keluarga, duduk baca kitab & belajar ilmu dgn Nabi s.a.w di Masjid Nabawi sahaja?
Azamlah untuk belajar2 beri diri, masa & harta untuk agama ikut cara dan tertib Sahabat2 i.e di jalan Allah s.w.t buat kerja dakwah ilallah cara Nabi s.a.w.
Doa...
No comments:
Post a Comment