WHAT IS THIS SITE ABOUT?


This site is dedicated to establish the fact that our ultimate success in this Dunia and Akhirat is only in religion - obedience to Allah s.w.t and following the Sunnah of Nabi s.a.w.

I think before we venture into a sacred and holy issue like religion, we should at least qualify ourselves, right? So, I have posted this three mind-boggling questions for all of us to answer or just ponder.

What is your purpose of life here on earth?
What are your necessities in life on earth and who fulfilled it?
What are your responsibilities in life here on earth?

This simple qualification is togauge our awareness on our purpose, neccessities and responsibilities.

In this blog, I shall commit to these basic tenets....

-I shall not dwell into hukum hakam, halal haram as those are better handled by an Ustaz or Alim. After all, hukum hakam is just 1/6 of the Quran! What is the other 5/6? Muslims are already engaged in thousands of arguments and we don't need to further fan the fire or "tragedy". I was told, even in Solat, there are more than 200 "point of disagreement"!

-I shall not dwell into furu', Fiqh and other intricacies. Islam has 2 major sects, 4 major Mazhabs, more than 20 types of fikrah, many ideologies, different political affiliations and other trends. Discussions on this is filled to the brim, some already exploded! So, I am not wasting time in any war of words on any issues with anyone.

-I shall dwell into sharing with you some food for the soul. As our body needs nutrients, our soul too needs nur (light) in the form of reminders from the Quran, Hadith, Hayatus Sahabah, provoking questions and fikir to enlighten our hearts! An enlightened heart ( heart filled with the Greatness of Allah and the love of Nabi s.a.w, virtues of amal and promises of Allah etc) will drive us to amal, insya Allah. It is all about our iman (faith) and our amal ( deeds)

-I shall dwell into instilling the fikir, risau and bimbang ( thoughts, worries and anxiety) of Nabi s.a.w towards his ummat and the fikir, risau and bimbang about the state of our iman and the quality of our amal.

-I shall dwell into imparting the virtues of amal ( fadhillat amal) so that we can value each amal and be convinced of the promises of Allah s.w.t behind each amal. Only when we know the virtues of amal would we be encouraged to amal!

-I shall qualify that most posts here are excerpts or notes dictated from the many sermons I attended the last fifteen years and books, audio and video presentations by many Ulama's, Hafiz, Muhaddith, Alims and Maulanas from all over the world. I shall also qualify that the posts here can be referred to many Muktabbar books on Islam.

-I shall qualify that our limited knowledge on Quran and the known Muktabbar books of Islam may lead us to perceptions, misinterpretation and assumptions on some issues. If to understand Quran needs 17 key ilm (knowledge) and with 300000 Hadith in different Books and 4 different Mazhabs with different interpretations, I think we can agree the huge task for all of us to grasp Islam. However, there is indeed, today, although very rare and few, people who are a Hafiz, a Muhaddith and an Alim of the four Mazhabs! Yes! We just need to "identify" their traits and if possible, muzakarrah with them. However, identifying that trait is a different ilm altogether!

-I shall ensure that contents of this blog is about self-correction, not correcting others! It was not intended to be educational nor producing decrees or fatwa! You can't be an Ustaz by visiting this Blog! It is for you and me to gauge the state of our iman and amal. When we know our state of iman and amal, measured against a certified yardstick i.e yardstick in the eyes of Allah swt and Rasulullah s.a.w, we will know "how good or bad we are"! So, from there we would begin to see what we need to do to enhance our iman and amal!

Agree? Are you with me?

I hope, from this blog, you would get that "food for your soul" and eventually be able to gauge your state of iman and quality of amal. Again, this blog is about self-correction, not correcting others!

I am also happy to hear your comments! By the way, for the benefit of all, I do mix English and Malay in my blog purely to maintain the authenticity of the notes and messages. Please comment...

May Allah give us hidayat. Doa...

Wednesday, November 26, 2008

Allah akan menjaga orang yang buat kerja dakwah.

Jika seorang bapa menyuruh anaknya yang kecil terjun dari sebuah tempat tinggi dan dia akan menyambutnya; maka jika anaknya terjun, bapanya akan segera menyambut dan memeluk anaknya dengan kasih sayang dan tidak akan membiarkan anaknya jatuh ke bawah. Allah lebih-lebih lagi kasih kepada hambanya dan suruh kita terjun dalam usaha dakwah. Sekali-kali Allah tidak akan biarkan kita jatuh dan mendapat kesusahan. Pasti Allah akan menyambut dan memeluk kita dengan rahmatnya - tamsilan ulama sebagai maksud menerangkan bahawa Allah akan menjaga orang yang buat kerja dakwah.

Kerja dakwah ialah tanggungjawab kita sebagai ummat Nabi s.a.w

Penceramah pada satu majlis telah memberi laporan bahawa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid sahaja. Itupun ia dibuka 2 kali setahun untuk solat Hari Raya. Solat Jumaat hanya dibuat oleh 3-4 orang disebuah surau yang lain. Beliau ada mendengar laporan bahawa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa apabila melihat keadaan agama pada ummat.

Jemaah seterusnya dihantar pada tahun 1973. Jemaah ni balik dan beri laporan kepada Hadraji (Amir jemaah Tabligh sedunia) bahawa orang Islam di Australia sudah tiada harapan. Hadraji tak berputus asa dan menghantar jemaah lagi pada tahun 1974 & 1975. Pada tahun 1975 ini, 3 orang tempatan (termasuk abang penceramah) telah sedia untuk menghidupkan amalan ziarah pintu ke pintu untuk bertemu dengan orang-orang Islam. Beberapa lama amalan ini berterusan, mereka telah bermesyuarat dan memutuskan untuk meminta kunci masjid. Kunci masjid telah diberi kepada mereka dengan senang hati dan semenjak itu masjid tersebut tidak pernah ditutup lagi sehingga ke hari ini.

Amal-amal masjid telah dihidupkan. Jemaah-jemaah telah dikeluarkan dan usaha telah berkembang. Alhamdulillah sekarang telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah-madrasah pun telah wujud. Anak-anak yang dulunya belajar di Madrasah sekarang telah mengajar pula. Penceramah berkata dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama akan lahir orang-orang kufar. Apabila dakwah dijalankan, dari keturunan kufar, lahirnya ulama.

Kerja ini bukanlah kerja main-main. Bukan kerja yang dibuat kalau suka, dan ditinggal kalau malas. Ini adalah kerja tanggungjawab kita sebagai umat Nabi s.a.w walaupun kita bukan Nabi. Ini adalah perintah Allah kepada kita.


"And I have been waiting for you (Muslims) for 70 years"

Laporan dari satu jemaah yang buat usaha dakwah dan tabligh di Thursday Island, Australia. Di sana, 90% penduduknya adalah dari keturunan Islam. Tetapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kepada jemaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dengan mangatakan, "Muslim has come! Muslim has come!". Dia telah keluarkan satu beg dari bawah katil dan tunjukkan kepada jemaah peninggalan arwah bapanya yang berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 tahun, bapanya telah meninggal dunia. Sebelum itu bapanya sempat berwasiat, "You don’t worry. Muslims will come and take care of you because Muslims are always taking care of each other". Perempuan tua itu menambah, "And I have been waiting for you (Muslims) for 70 years"

Keadaan orang Islam di Australia bila usaha dakwah ditinggalkan

Pada kurun ke 18, orang-orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan mereka telah membawa 120 ekor unta untuk digunakan mengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta maka mereka telah membawa ramai orang-orang Islam dari benua India yang kebanyakannya berketurunan Afghan. Di kalangan pekerja-pekerja ini terdapat sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama-ulama ini telah membina 60 masjid dan 3 daripadanya yang berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak kenal Islam walaupun nama-nama mereka seperti nama-nama Islam.

Pada suatu masa jemaah yang bergerak telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja-pekerja tersebut, yang masing-masing berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih ditangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.


Dakwah dan Iman adalah dua perkara yang berkaitan.

Dakwah dan iman adalah dua perkara yang berkaitan. Adanya dakwah maka adalah iman. Jika dakwah tiada, maka iman akan keluar dari hati-hati manusia. Nabi Nuh as telah buat usaha dakwah selama 950 tahun siang dan malam. Kemudia baginda telah doa supaya jangan ditinggalkan di atas dunia ini walaupun satu orang kafir. Maka Allah telah hantar banjir yang besar dan menenggelamkan semua orang kafir. Yang terselamat hanyalah Nabi Nuh as dan orang-orang yang beriman. Selepas kewafatan Nabi Nuh as, dakwah telah terhenti. Dari keturunan orang yang beriman tadi akhirnya telah kembali kufur kepada Allah.

Tuesday, November 25, 2008

MASA - perkara paling berharga bagi manusia

Allah telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) adalah masa. Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang yang rumahnya terbakar, boleh cari rumah yang lain. Seorang yang perniagaannya bankrap, boleh bina perniagaan yang lain. Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.

Nikmat Islam dan nikmat dijadikan ummat Muhammad s.a.w

Allah s.w.t telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke dunia, kita tidak pernah diberi pilihan untuk jadi Muslim atau Kafir. Semata-mata dengan sifat rahimNya, Allah s.w.t telah jadikan kita seorang Muslim. Jadi, kita kena bersyukur atas nikmat ini.

Allah s.w.t juga telah hantar kita sebagai ummat Muhammad s.a.w dengan satu maksud yang sangat besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar - ajak manusia kepada Allah s.w.t.