WHAT IS THIS SITE ABOUT?
This site is dedicated to establish the fact that our ultimate success in this Dunia and Akhirat is only in religion - obedience to Allah s.w.t and following the Sunnah of Nabi s.a.w.
I think before we venture into a sacred and holy issue like religion, we should at least qualify ourselves, right? So, I have posted this three mind-boggling questions for all of us to answer or just ponder.
What are your necessities in life on earth and who fulfilled it?
What are your responsibilities in life here on earth?
This simple qualification is togauge our awareness on our purpose, neccessities and responsibilities.
In this blog, I shall commit to these basic tenets....
-I shall not dwell into hukum hakam, halal haram as those are better handled by an Ustaz or Alim. After all, hukum hakam is just 1/6 of the Quran! What is the other 5/6? Muslims are already engaged in thousands of arguments and we don't need to further fan the fire or "tragedy". I was told, even in Solat, there are more than 200 "point of disagreement"!
-I shall not dwell into furu', Fiqh and other intricacies. Islam has 2 major sects, 4 major Mazhabs, more than 20 types of fikrah, many ideologies, different political affiliations and other trends. Discussions on this is filled to the brim, some already exploded! So, I am not wasting time in any war of words on any issues with anyone.
-I shall dwell into sharing with you some food for the soul. As our body needs nutrients, our soul too needs nur (light) in the form of reminders from the Quran, Hadith, Hayatus Sahabah, provoking questions and fikir to enlighten our hearts! An enlightened heart ( heart filled with the Greatness of Allah and the love of Nabi s.a.w, virtues of amal and promises of Allah etc) will drive us to amal, insya Allah. It is all about our iman (faith) and our amal ( deeds)
-I shall dwell into instilling the fikir, risau and bimbang ( thoughts, worries and anxiety) of Nabi s.a.w towards his ummat and the fikir, risau and bimbang about the state of our iman and the quality of our amal.
-I shall dwell into imparting the virtues of amal ( fadhillat amal) so that we can value each amal and be convinced of the promises of Allah s.w.t behind each amal. Only when we know the virtues of amal would we be encouraged to amal!
-I shall qualify that most posts here are excerpts or notes dictated from the many sermons I attended the last fifteen years and books, audio and video presentations by many Ulama's, Hafiz, Muhaddith, Alims and Maulanas from all over the world. I shall also qualify that the posts here can be referred to many Muktabbar books on Islam.
-I shall qualify that our limited knowledge on Quran and the known Muktabbar books of Islam may lead us to perceptions, misinterpretation and assumptions on some issues. If to understand Quran needs 17 key ilm (knowledge) and with 300000 Hadith in different Books and 4 different Mazhabs with different interpretations, I think we can agree the huge task for all of us to grasp Islam. However, there is indeed, today, although very rare and few, people who are a Hafiz, a Muhaddith and an Alim of the four Mazhabs! Yes! We just need to "identify" their traits and if possible, muzakarrah with them. However, identifying that trait is a different ilm altogether!
-I shall ensure that contents of this blog is about self-correction, not correcting others! It was not intended to be educational nor producing decrees or fatwa! You can't be an Ustaz by visiting this Blog! It is for you and me to gauge the state of our iman and amal. When we know our state of iman and amal, measured against a certified yardstick i.e yardstick in the eyes of Allah swt and Rasulullah s.a.w, we will know "how good or bad we are"! So, from there we would begin to see what we need to do to enhance our iman and amal!
Agree? Are you with me?
I am also happy to hear your comments! By the way, for the benefit of all, I do mix English and Malay in my blog purely to maintain the authenticity of the notes and messages. Please comment...
May Allah give us hidayat. Doa...
Monday, November 16, 2009
WHAT IS UMMAH?
Sunday, October 4, 2009
ASAS-ASAS DAKWAH YANG PASTI BERKESAN !
- Diri bukan Harta
- Gerak bukan Tulisan
- Infradi dan Ijtimai bukan Himpunan besar-besaran
- Senyap-senyap bukan Propaganda
- Tawadhu' bukan Ananiah
- Akar bukan Ranting
- Khabar Gembira bukan Menakut-nakutkan atau Amaran atau Ancaman
- Tamsil bukan Tafsir
- Perdamaian bukan Peperangan
- Satu Hati dan Kasih Sayang bukan Perpecahan
- Risau Dalam Hati bukan Fikir Yang Tinggi-tinggi
Apa dan bagaimana pula asas yang "pendakwah-pendakwah" hari ini ada atau gunakan?
SIFAT-SIFAT DA'I YANG TULIN
Muhabbah (sayang) pada seluroh makhluk ( manusia, binatang dan lain2)
Rela berkorban untuk kepentingan agama
Menggunakan satu cara sahaja iaitu cara Rasuluullah s.a.w
Menisbatkan (mensabitkan) kejayaan, kebahagiaan dunia akhirat hanya kepada Allah s.w.t
Sabar dalam menghadapi cubaan/ujian
Tidak putus asa dalam menghadapi cubaan/ujian
Istiqomah seperti unta (tahan lama-lama, jauh-jauh dan susah-susah dll)
Tawadhu' seperti bumi (orang pijak, orang ludah diam dan tunduk sahaja)
Teguh - kukuh seperti gunung (steadfast, rock steady)
Bergerak memberi manfaat seperti matahari (bring light and life)
Berwawasan luas seperti langit (berkeinginan dapat jumpa lebih ramai lagi, di mana-mana)
Istighfar setiap kali selesai beramal
Orang yang tidak memiliki sifat-sifat ini bukan Da'i atau pendakwah walaupun dia mendakwa dia seorang pendakwah dan semua orang bersetuju!
BOLEHKAH ORANG ISLAM HAYATI AYAT-AYAT QURAN DENGAN BERSENANG-SENANG DI RUMAH?
Ayat-ayat Quran diturunkan sedikit demi sedikit dan setiap ayat yang turun itu ada asbabnya dan ada ditujukan kepada seseorang tertentu. Ayat-ayat Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w dan Sahabat-sahabat sedang mereka berada di jalan Allah s.w.t. Ayat-ayat Quran diturunkan kerana sesuatu permasalahan, kerana sesuatu soalan atau sesuatu keadaan.
Bagaimanakah orang-orang Islam hari ini dapat menghayatai ayat-ayat yang Allah s.w.t turunkan dan Hadith-hadith yang Nabi s.a.w perkatakan semasa Nabi s.a.w dan Sahabat-sahabat sedang berdakwah di Mekah, sedang berkorban di Madinah, sedang berperang di Uhud, sedang berjihad di Badar , sedang bersusah payah di Hudaibiyah dan meninggalkan segala-galanya semasa Hijrah dengan orang-orang Islam itu sendiri bersenang-senang membaca kitab di dalam rumah dengan anak isteri tanpa apa-apa kesusahan?
Bolehkah kita memahami sesuatu atau menghayatai sesuatu tanpa kita sendiri cuba "berada" di dalam keadaan itu? Bagaimanakah orang Islam hendak faham ayat-ayat Quran tentang iman jika mereka tidak letakkan diri mereka di dalam suasana dimana iman mereka betul-betul teruji?
Monday, September 28, 2009
NABI S.A.W DIHANTAR UNTUK SELUROH ALAM HINGGA KIAMAT!
Adakah kita faham lingkungan tanggungjawab dan besarnya kenabian Nabi s.a.w ini?
Friday, September 25, 2009
TINGGALKAN PERDEBATAN!
Sabda Rasulullah s.a.w: "Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya" [HR Abu Daud, disahihkan Albani]
Thursday, September 24, 2009
SEDIKIT PENERANGAN TENTANG SALAH ANGGAP ORANG AWAM TENTANG USAHA DAKWAH DAN TABLIGH
Q1:Jemaah Tabligh matikan ruh jihad.
Jawapan: Orang yang keluar untuk dakwahkan kalimah laa ilah hailallah dengan diri, masa dan hartanya baik di dalam dan di luar negeri ialah orang yang benar-benar menghidupkan ruh jihad, bukan mematikannya! Nabi s.a.w pun tidak perangi sesiapa untuk dapatkan kuasa. Kuasa, Allah s.w.t akan anugerahkan bila iman orang-orang Islam sempurna! Tertibnya ialah bila orang menolak dakwah Nabi s.a.w, Nabi s.a.w akan beri tempoh dan jika tidak juga akur, Nabi s.a.w akan perangi mereka!
Q2:Jemaah Tabligh tidak tegakkan Syariat Allah.
Jawapan: Apa takrif tegakkan Syariat Allah? Dengan dakwah ilallah dari Jemaah Tabligh setiap saat di serata alam, Allah s.w.t Yang Maha Esa kembali disembah, Sunnah-sunnah Nabi s.a.w kembali diamalkan, masjid-masjid dihidupkan kembali, azan mula dilaungkan kembali, serban mula dipakai, kerja dakwah ilallah yang menjadi tanggungjawab ummat dijalankan semula, hukum-hukum Islam kembali dipatuhi dalam kehidupan orang-orang Islam dimana-mana di 150 buah negara, termasuk negara-negara kafir tanpa perlu kepada kuasa (Kerajaan) atau jalan peperangan! Itulah menegakkan Syariat Islam yang sebenar! Laa ilah hailallah dibangunkan dan disebarkan!
Jika ada tuduhan dan soalan lagi, bacalah buku "Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Tabligh"! Istighfarlah banyak-banyak dari membuat tuduhan-tuduhan ke atas jemaah yang berniat baiki diri, berusaha di atas jalan yang mirip-mirip cara Nabi s.a.w dan ikhlas ini semata-mata dari ikutan, fitnah-fitnah jahat, dalil-dalil yang lemah, nafsu dan kejahilan tentang erti ayat-ayat Quran, maksud Hadith, sejarah Azbabul Nuzul, cerita-cerita iman dari Hayatus Sahabah dan Fiqh 4 Mazhab. Allah s.w.t sedang lindungi usaha ini dimana-mana. Penentang-penentang kepada usaha ini ramai telah dihapuskan atau diberi hidayat dan sedang pun berdakwah! Inilah usaha yang Haq dan Bathil (usaha-usaha kuffar dan usaha-usaha orang Islam yang tidak ikut tertib Allah s.w.t dan Sunnah Rasul s.a.w) PASTI akan gagal.
5 KUNCI UTK DAPATKAN BANTUAN ALLAH
1 mencintai masjid
2 solat tahajjud
3 rajin bersedekah
4 bantu orang lain
5 banyak berselawat
AGAMA ADALAH PERKARA MESTI DAN IJTIMAI!
Zaman Kita - Agama ialah satu perkara yang PILIHAN dan INFRADI
Inilah sebabnya orang-orang Islam mulia di Zaman Nabi s.a.w dan orang-orang Islam hina di Zaman Kita. Hari ini, adakah satu usaha untuk membawa umat Islam ini kembali kepada agama seperti tahap agama dan sifat beragama di Zaman Nabi? Jawapannya, ada! Ada segelintir orang-orang Islam yang korbankan diri, masa dan harta mereka hari-hari untuk berjumpa dengan semua orang Islam dengan hikmah dan kasih sayang, ceritakan nilai-nilai iman, janji-janji Allah s.w.t dan kelebihan-kelebihan sesuatu amal hinggalah orang-orang Islam rasa mereka MESTI amalkan agama dan dengan mengajak orang Islam kepada solat di masjid, mengajak kepada satu fikir, satu hati dan satu kerja (i.e dakwah ilallah), umat akan jadikan agama itu perkara IJTIMAI kembali!
Ikutilah jemaah itu dan belajarlah "usaha" Nabi s.a.w bersama-bersama mereka.
PENYEMPURNAAN HAQ KALIMAH ASAS PENYATUAN UMAT ISLAM!
Hari ini orang Islam berpecah kepada lebih tujuh puloh (70) golongan kerana semua percaya pada Allah s.w.t tetapi mereka masih rasa kuasa juga pemelihara, takhta juga pemelihara dan senjata juga pemelihara yang mesti ada disamping Allah s.w.t seolah-olah Allah s.w.t tidak cukup berkuasa dan perlukan makhluk-makhluk itu! Oleh kerana yaqin di dalam hati orang-orang Islam ialah pada ilah-ilah itu (rasa perlu ada dan tidak boleh tidak), kumpulan-kumpulan orang Islam yang dalam perpecahan ini bergaduh dan mengecam antara satu sama lain!Masing-masing keluarkan fatwa yang cara mereka dibolehkan! Yang hendak berpolitik kata politik dibolehkan dalam Islam. Yang hendak cara bersenjata kata jihad bersenjata dibolehkan dalam Islam! Yang hendakkan ekonomi pun ada hujah-hujahnya yang macam-macam asalkan sahaja ia dapat menegakkan cara mereka! Jika diselidiki dan ditanya, masing-masing kata itu dari jumhur ulamak! Soalnya, Ulama mana? Soalnya, Ulama dari zaman mana?
Ada pula kumpulan yang mengambil Allah s.w.t sahaja sebagai ilah, mereka tidak percaya pada makhluk tetapi berpecah pula dari segi hendak mengikut Sunnah Nabi s.a.w atau mengikut Nafsu mereka! Kasihan!
Orang Islam, jika hendak bersatu dan dijayakan oleh Allah s.w.t wajib mengambil Allah s.w.t sahaja sebagai ilah dan mengambil Sunnah Nabi s.a.w sahaja sebagai ikutan macam apa yang Sahabat-sahabat radhiallah hu anhum telah buat! Allah s.w.t telah redhai mereka dan jayakan mereka! Hari ini orang Islam sibuk hendak berhujjah bab-bab aqidah orang lain, sibuk hendak berdebat bab hukum hakam, sibuk hendak perjuang Islam dan inginkan negara tetapi asas kalimah pun belum ada! Ilah mereka (orang-orang Islam) belum bulat-bulat Allah s.w.t dan mereka belum dapat taat pada Sunnah Nabi s.a.w 100 %! Bolehkah ada kemenangan untuk Islam jika ilah mereka selain Allah s.w.t dan cara mereka selain cara Nabi s.a.w? Bolehkah ada kemenangan untuk orang Islam yang dalam perpecahan? Adakah Allah s.w.t suka orang-orang Islam berpecah?
Fikir...
KEPENTINGAN KELUAR DIJALAN ALLAH S.W.T. ADA CERITANYA DALAM QURAN!
Ayat Taubah 118 menceritakan tentang Ka'ab bin Malik, Mirarah bin Rabi al Amiri dan Hilal bin Umayah, tiga (3) orang antara lapan puloh (80) orang yang tidak ikut Nabi saw ke ghazwah Tabuk. Untuk yang lain-lain, Nabi s.a.w terima alasan-alasan yang di beri tetapi bagi Ka'ab dan dua orang lagi itu Nabi s.a.w bersabda: "Bangkitlah kamu sehingga Allah s.w.t membuat keputusan untuk kamu". Oleh kerana Nabi s.a.w tidak terima alasan mereka, tiga (3) orang itu resah dan merasakan sempit dunia ini kerana semua Sahabat-sahabat sisih dan pulau mereka selama lima puloh (50) hari. Akhirnya turun wahyu pada Nabi s.a.w yang Allah s.w.t telah ampunkan mereka! Kenapa Allah s.w.t ceritkan kisah ini dalam Quran?
Itulah sifat Sahabat-sahabat! Yang tidak keluar di jalan Allah s.w.t resah, rasa sempit dunia dan yang lain pulaukan mereka yang tidak keluar! Kita? Yang tidak keluar senang hati dan rasa lapang dunia dan mengutuk serta memulaukan pula orang yang keluar! Terbalik kita! Itulah sebabnya Islam mulia dulu dan hina sekarang! Fikirkan..
BEBERAPA JANJI ALLAH YANG TELAH DIZAHIRKAN
Di Sri Lanka dan South Africa, perkara ini sudah jadi kenyataan! Orang-orang Islam di sana pegang ekonomi, stesen-stesen TV, bank-bank dan lain-lain. Mereka selamat dari perang-perang! Mereka tidak ada kerajaan Islam pun tetapi janji-janji Allah s.w.t kepada mereka tetap benar! 75 %org Islam lelaki baligh di sana solat lima (5) kali berjemaah. Kerja-kerja dakwah ilallah hidup dimana-mana! Kita pula bagaimana? Kita tidak tahu dan tidak yaqin dengan janji-janji Allah s.w.t itu! Apa yang kita tahu dan yakin? Kita yaqin semua ada ditangan orang politik, bukan ditangan Allah s.w.t! Betul? Apa buktinya? Orang-orang Islam bermati-matian berpolitik tanpa berusaha ke atas iman, taqwa dan solat umat ini! Apa bukti? Hari ini, di Malaysia ini, 1% sahaja dari orang-orang Islam yang solat lima (5) kali berjemaah! Kerja dakwah ilallah pula diabaikan malah dihina tetapi orang Islam ada keinginan hendak memerintah dan memegang ekonomi! Layakkah orang-orang Islam di dini dijadikan pemerintah? Adakah mereka layak di sisi Allah s.w.t?
Kata Ulama, orang Islam kena buat kerja mereka (jadi mukmin, taqwa, solat berjemaah dan jalankan kerja dakwah ilallah) barulah Allah s.w.t akan buat kerja Allah s.w.t i.e beri natijah (tunaikan janji-janjiNya).
Hari ini orang Islam tidak mahu membuat kerja mereka tetapi mereka hendak membuat kerja Allah s.w.t! Inilah penyakitnya!
Wednesday, September 23, 2009
KEYAKINAN, PERMINTAAN DAN PENGHARAPAN ORANG ISLAM KEPADA SIAPA?
Allah s.w.t kata solat dapat cegah mungkar, orang Islam pula kata undang-undang Islam dapat cegah mungkar!
Allah s.w.t kata orang tinggal solat robohkan Islam, orang Islam pula kata pengaruh Barat (Yahudi Nasarah Sekular dll) yang robohkan Islam!
Allah s.w.t kata Syaithan dan Nafsu angkara berlakunya maksiat, orang Islam pula kata Kerajaanlah angkara berlakunya maksiat!
Allah s.w.t kata Aku aturkan harga dan untung rugi kamu dimalam Nisfu Syaaban, orang Islam pula kata harga naik kerana Kerajaan!
Orang-orang Islam sendiri tidak dapat kaitkan apa-apa yang berlaku dalam dunia ini dengan agama mereka dan janji-janji Allah s.w.t! Kasihan! Cakap-cakap orang Islam sendiri macam cakap orang-orang yang tidak beragama! Allah s.w.t tidak dikaitkan langsung! Hakikatnya, semua yang berlaku adalah dari Allah s.w.t dan dengan izin Allah s.w.t. Bukan itu sahaja, semua penyelesaiannya juga dari Allah s.w.t!
Orang-orang Islam belum yakin bahwa semua penyelesaian kepada segala masalah ada di dalam agama mereka dan ianya percuma! Semua punca-punca dan juga cara-cara mencegah mungkar, menegakkan agama, melawan maksiat dan lain-lain semuanya telah Allah s.w.t tunjukkan pada Nabi s.a.w dan Nabi s.a.w telah ajarkan, amalkan dan telah buktikan keberkesanannya! Malangnya, dimanakah iman orang-orang Islam kepada apa yang Nabi s.a.w bawa dan terhadap janji-janji Allah s.w.t? Bagaimanakah iman orang Islam kepada cara (Sunnah) Nabi saw? Apakah ghairullah (selain dari Allah s.w.t) yang buat segala-galanya, bukan Allah s.w.t? Apakah ghairullah (selain dari Allah s.w.t) yang selesaikan segala-galanya, bukan Allah s.w.t? Yaqin pada selain Allah s.w.t yang berkuasa itu dipanggil apa?
Inilah tahap iman orang-orang Islam dan juga "pejuang-pejuang" Islam! Macam mana bantuan Allah s.w.t akan datang pada orang-orang Islam dan orang-orang Islam hendak dimenangkan ke atas orang-orang kafir oleh Allah s.w.t jika keyakinan, permintaan dan pengharapan orang-orang Islam bukan pada Allah s.w.t?
Fikirkan....
CAN WE ANSWER THESE QUESTIONS IN THE QUBOR?
1-Allah is our Rabb if in Dunia we never glorify Allah in front of people, never invite people to wards Allah and never defy Makhluk (power, rank, wealth, job etc) as our sustainer or Rabb?
2-Nabi saw is our Prophet and we can recognize him when his image is shown to us if in Dunia we never follow the Sunnah - appearance, ways/deeds and thoughts of Nabi saw, never invite others towards Sunnah and never continue his biggest Sunnah i.e the work of dakwah ilallah?
3-Muslims are our ikhwan (brothers) if in Dunia we never visit them, love them, fulfill their haq as brothers in Islam, refrain from hurting them with our hands and tongue and we never know forty (40) of our neighbors?
4-Quran as our guide if in Dunia we never knew and took any lessons from the key points of the Quran - what is in Tauhid, what is in the work of Dakwah of all Prophets, what is it about the Ob edient, what is it aboutt the Kuffar, what is it in Akhirat and what is it in Fiqh and never amal (perform) all the commandments in it?
Excerpt from Majlis Fikir Iman Amal. Insya Allah, we take iktibar and tell others.
TIGA MANUSIA YANG DIJANJI REZKI, BANTUAN ALLAH DAN SYURGA!
Moga Allah berikan kita Hidayah untuk mampu mengamalkan Hadith ini. Amin
HADITH YANG MENITIKBERATKAN HUBUNGAN SESAMA MUKMIN
AMINKANLAH DOA INI
PENTINGNYA UMAT ISLAM HARI INI DISATUKAN!
USAHA ORANG YANG DIBERI KEFAHAMAN AGAMA
"Orang yang dicintai Allah s.w.t ialah yang diberi kefahaman agama. Orang yang faham agama, dia akan gunakan Dunianya untuk Akhiratnya. Orang yang tidak diberi kefahaman agama, dia akan musnahkan Akhiratnya untuk Dunia. Hati kita ini ialah medan peperangan antara usaha Rasul-rasul dan usaha Iblis, tidak akan habisnya peperangan ini sehingga kita mati. Kalau kita leka, musuh Iblis akan tembak kita. Lebih bahaya lagi kalau kita tidak tahu adanya peperangan itu"
Sebarkan kepada seluroh manusia yang ingin jadi "pendakwah"