WHAT IS THIS SITE ABOUT?


This site is dedicated to establish the fact that our ultimate success in this Dunia and Akhirat is only in religion - obedience to Allah s.w.t and following the Sunnah of Nabi s.a.w.

I think before we venture into a sacred and holy issue like religion, we should at least qualify ourselves, right? So, I have posted this three mind-boggling questions for all of us to answer or just ponder.

What is your purpose of life here on earth?
What are your necessities in life on earth and who fulfilled it?
What are your responsibilities in life here on earth?

This simple qualification is togauge our awareness on our purpose, neccessities and responsibilities.

In this blog, I shall commit to these basic tenets....

-I shall not dwell into hukum hakam, halal haram as those are better handled by an Ustaz or Alim. After all, hukum hakam is just 1/6 of the Quran! What is the other 5/6? Muslims are already engaged in thousands of arguments and we don't need to further fan the fire or "tragedy". I was told, even in Solat, there are more than 200 "point of disagreement"!

-I shall not dwell into furu', Fiqh and other intricacies. Islam has 2 major sects, 4 major Mazhabs, more than 20 types of fikrah, many ideologies, different political affiliations and other trends. Discussions on this is filled to the brim, some already exploded! So, I am not wasting time in any war of words on any issues with anyone.

-I shall dwell into sharing with you some food for the soul. As our body needs nutrients, our soul too needs nur (light) in the form of reminders from the Quran, Hadith, Hayatus Sahabah, provoking questions and fikir to enlighten our hearts! An enlightened heart ( heart filled with the Greatness of Allah and the love of Nabi s.a.w, virtues of amal and promises of Allah etc) will drive us to amal, insya Allah. It is all about our iman (faith) and our amal ( deeds)

-I shall dwell into instilling the fikir, risau and bimbang ( thoughts, worries and anxiety) of Nabi s.a.w towards his ummat and the fikir, risau and bimbang about the state of our iman and the quality of our amal.

-I shall dwell into imparting the virtues of amal ( fadhillat amal) so that we can value each amal and be convinced of the promises of Allah s.w.t behind each amal. Only when we know the virtues of amal would we be encouraged to amal!

-I shall qualify that most posts here are excerpts or notes dictated from the many sermons I attended the last fifteen years and books, audio and video presentations by many Ulama's, Hafiz, Muhaddith, Alims and Maulanas from all over the world. I shall also qualify that the posts here can be referred to many Muktabbar books on Islam.

-I shall qualify that our limited knowledge on Quran and the known Muktabbar books of Islam may lead us to perceptions, misinterpretation and assumptions on some issues. If to understand Quran needs 17 key ilm (knowledge) and with 300000 Hadith in different Books and 4 different Mazhabs with different interpretations, I think we can agree the huge task for all of us to grasp Islam. However, there is indeed, today, although very rare and few, people who are a Hafiz, a Muhaddith and an Alim of the four Mazhabs! Yes! We just need to "identify" their traits and if possible, muzakarrah with them. However, identifying that trait is a different ilm altogether!

-I shall ensure that contents of this blog is about self-correction, not correcting others! It was not intended to be educational nor producing decrees or fatwa! You can't be an Ustaz by visiting this Blog! It is for you and me to gauge the state of our iman and amal. When we know our state of iman and amal, measured against a certified yardstick i.e yardstick in the eyes of Allah swt and Rasulullah s.a.w, we will know "how good or bad we are"! So, from there we would begin to see what we need to do to enhance our iman and amal!

Agree? Are you with me?

I hope, from this blog, you would get that "food for your soul" and eventually be able to gauge your state of iman and quality of amal. Again, this blog is about self-correction, not correcting others!

I am also happy to hear your comments! By the way, for the benefit of all, I do mix English and Malay in my blog purely to maintain the authenticity of the notes and messages. Please comment...

May Allah give us hidayat. Doa...

Friday, January 2, 2009

APA YANG BESAR DALAM HATI KITA?

Jika kita panggil seorang Doktor dan suroh dia bercerita tentang kedoktoran, penyakit dan ubat-ubatan, dia akan bercerita dengan penuh kesediaan, gembira dan bersemangat. Dia mampu bercerita sehingga berjam-jam! Jika dia ditanya tentang kedoktoran dia akan menjawab dengan gembira dan menerangkannya sehingga kita faham! Bukan itu sahaja, dia akan mengajak orang kepada kedoktoran!

Jika kita panggil seorang Jurutera dan suroh dia bercerita tentang kejuruteraan, dia akan bercerita dengan penuh kesediaan, gembira dan bersemangat. Dia mampu bercerita sehingga berjam-jam! Jika dia ditanya tentang kejuruteraan dia akan menjawab dengan gembira dan menerangkannya sehingga kita faham! Bukan itu sahaja, dia akan mengajak orang kepada kejuruteraan!

Jika kita panggil seorang Ahli Perniagaan dan suroh dia bercerita tentang perniagaan, duit dan untung rugi, dia akan bercerita dengan penuh kesediaan, gembira dan bersemangat. Dia mampu bercerita sehingga berjam-jam! Jika dia ditanya tentang perniagaan dia akan menjawab dengan gembira dan menerangkannya sehingga kita faham! Bukan itu sahaja, dia akan mengajak orang kepada perniagaan!

Jika kita panggil seorang Islam dan suroh dia bercerita tentang kebesaran Allah s.w.t, kerahiman Allah s.w.t dan kemuliaan Allah s.w.t, bagaimanakah agaknya? Adakah seorang Islam itu akan bercerita tentang Allah s.w.t dengan penuh kesediaan, gembira dan bersemangat? Adakah dia mampu bercerita sehingga berjam-jam! Jika dia ditanya tentang kebesaran Allah s.w.t, kerahiman Allah s.w.t dan kemuliaan Allah s.w.t, adakah dia akan menjawab dengan gembira dan menerangkannya sehingga kita faham? Adakah dia akan mengajak orang kepada Allah s.w.t?

Kata Ulama, seseorang itu akan bercerita tentang sesuatu perkara itu dengan kesediaan, gembira dan bersemangat hanya apabila perkara itu besar di dalam hatinya! Seseorang itu akan bercerita tentang sesuatu perkara itu berjam-jam, mampu menjawab apa jua soalan tentangnya dan mengajak orang kepada perkara itu jika perkara itu besar di dalam hatinya!

Adakah kebesaran Allah s.w.t, kerahiman Allah s.w.t dan kemuliaan Allah s.w.t besar di dalam hati-hati kita? Jika ya, apakah buktinya? Bolehkah kita bercerita tentang Allah s.w.t dengan penuh kesediaan, gembira dan bersemangat?

Sama-sama kita ukur diri kita. Apa yang besar dalam hati kita?

KEBANYAKAN ORANG ISLAM DALAM KEADAAN TENAT!

Seorang yang sakit biasa, jika dibawakan Nasi Beriani kepadanya akan berkata: Terimakasihlah kerana membawa beriani ini! Alhamdulillah.

Seorang yang sakit teruk sedikit, jika dibawakan Nasi Beriani kepadanya akan berkata: Terimakasihlah kerana membawa beriani ini. Aku ni sakit. Aku tak selera. Aku makan sedikit sajalah!

Seorang yang sakit teruk lagi, jika dibawakan Nasi Beriani kepadanya akan berkata: Aku sakit! Aku makan papadom itu sajalah....

Seorang yang sakit tenat, jika dibawakan Nasi Beriani kepadanya akan berkata: Aku sakit! Aku ambil bau sajalah....

Seorang yang terlalu tenat, jika dibawakan Nasi Beriani kepadanya tidak mampu nak berkata apa-apa! Dia cuma menjeling dengan pandangan yang benci dan kosong!

Nasi Beriani yang sedap, mahal dan digemari ramai akan jadi sesuatu yang tidak bernilai pada seorang yang terlalu sakit!

Seorang Islam, yang sakit iman sedikit, jika diceritakan tentang agama kepadanya akan berkata: Terimakasihlah kerana ingatkan aku. Alhamdulillah!

Seorang Islam, yang sakit iman teruk sedikit, jika diceritakan tentang agama kepadanya akan berkata: Aku tahu. Aku tahu. Ceritalah tapi cepatlah sikit...

Seorang Islam, yang sakit iman teruk lagi, jika diceritakan tentang agama kepadanya akan berkata: Ya lah! Ya lah!

Seorang Islam, yang iman dah lemah, jika diceritakan tentang agama kepadanya akan berkata: Apasal kau jumpa aku?

Seorang Islam, yang dah rosak iman, jika diceritakan tentang agama kepadanya akan berkata: Pergilah berambus!

Agama yang suci, mulia dan dihargai akan jadi sesuatu yang tidak bernilai kepada seseorang yang rosak imannya!

APA JADI BILA POLIS TIDAK MENJALANKAN TUGASNYA?

Seseorang itu dikatakan Polis apabila dia berpakaian polis dan menjalankan tugasnya. Uniform, topi, kasut dan pistol adalah pakaian yang menunjukkan sesorang itu Polis. Apakah pula tugas Polis? Jika seorang itu beruniform polis, bertopi polis, berkasut polis dan membawa pistol tetapi dia tidak menjalankan tugasnya, bolehkah dia dipanggil Polis? Bolehkah dia dipanggil sebagai Polis jika dia berpakain seperti Polis tetapi tidak menjalankan tugasnya samada menjaga lalulintas atau menjaga keselamatan? Jika dia tidak menjalankan tugasnya sebagai Polis maka ketua Polis akan marah dia! Jika dia berterusan begitu, dia akan disingkirkan dari menjadi Polis!

Bayangkan seorang Polis yang berdiri di tengah-tengah simpang tetapi dia leka membaca suratkhabar, menghisap rokok, berbual-bual dan tidak mengawal kenderaan. Apa jadi pada kenderaan-kenderaan di jalanraya jika semua Polis begitu? Akan berlaku kemalangan dan huru hara!

Bayangkan seorang Polis yang melihat satu kecurian di depan mata dia tetapi dia setakat melihat, membaca suratkhabar, terus menghisap rokok dan tidak mengejar pencuri itu. Apa jadi pada masyarakat jika semua Polis begitu? Maksiat berleluasa dan manusia tidak akan selamat dan tenteram!

Seseorang itu dikatakan Islam apabila dia bersyahadah, bersolat, berpuasa, keluarkan zakat dan tunaikan Haji. Syahadah , solat, puasa. zakat dan Haji adalah pakaian orang Islam sepertimana uniform, topi, kasut dan pistol itu pakaian kepada seorang Polis! Apa pula kerja orang Islam? Apakah tanggungjawab seorang Islam? Jalankan kerja dakwah ilallah!

Orang Islam yang tidak jalankan kerja dakwah ilallah ialah seperti seorang Polis yang tidak mengawal kenderaan di simpang yang sibuk dan mengejar pencuri tadi! Apa jadi bila orang Islam tidak jalankan kerja dakwah ilallah? Manusia tidak akan kenal Allah s.w.t, tidak kenal Sunnah Nabi s.a.w, akan kemalangan, huru-hara, tidak selamat dan tenteram! Ini yang sedang berlaku di serata dunia! Manusia dalam kerosakan, huru-hara, tidak selamat dan tenteram kerana "Polis" kepada manusia sejagat ini iaitu orang-orang Islam hanya berpakaian seperti orang Islam tetapi tidak bertanggungjawab seperti orang-orang Islam!

Menjalankan dakwah ilallah ialah perintah dari Raja segala Raja, Allah s.w.t! Orang-orang Islam telah abaikan perintah Allah s.w.t ini! Apakah Allah s.wt tidak murka dan marah kerana orang-orang Islam telah mengabaikan perintahNya?

Thursday, January 1, 2009

KENAPA MANUSIA JADI BUAS?

Manusia adalah ibarat seorang penunggang kuda dan kudanya. Penunggang itu adalah roh dan kuda itu adalah jasad. Penunggang kuda itulah yang mengawal kudanya dan menentukan hala tuju kudanya! Kedua-duanya, penunggang dan kuda memerlukan makanan. Cuma, makanan penunggang dan makanan kuda berbeza!

Apa akan jadi jika penunggang tidak makan? Apa akan jadi jika penunggang makan tetapi makanannya tidak betul atau tidak cukup? Penunggang akan lemah dan tidak mampu mengawal kudanya! Apa akan jadi jika kuda tidak makan? Apa akan jadi jika kuda makan tetapi makanan nya tidak betul dan tidak cukup? Kuda akan lemah dan apa jua arahan dari penunggangnya tidak akan dapat dipatuhi!

Apa akan jadi jika penunggang tidak makan tetapi kudanya kenyang? Kuda itu akan cergas dan buas tetapi tidak dapat dikawal kerana penunggangnya lemah! Beginilah manusia hari ini! Di mana-mana, hari-hari yang manusia fikirkan, yang manusia usahakan dan yang manusia ingin dapatkan ialah makanan untuk jasadnya. Manusia berusaha mati-matian semata-mata untuk memenuhi keperluan makanan jasadnya! Manusia berusaha ke atas jasadnya! Untuk rohnya? Untuk rohnya, manusia tidak fikirkan, usahakan dan dapatkan "makanan"nya. Ada manusia yang tidak tahu rohnya perlukan "makanan"! Apa jadi? Rohnya lemah dan semakin dia lupa untuk memberi rohnya "makanan", semakin lemahlah rohnya. Apa jadi? Kuda yang kenyang dan sihat itu akan kuat, cergas dan bernafsu tetapi penunggangnya tidak mampu mengawal kuda itu! Kuda itu akan jadi buas! Apa jadi bila sesuatu itu buas? Dia akan membawa kerosakan!

DARI SIAPA KITA HARUS BELAJAR?

Jika kita hendak mencuri, kita belajar mencuri dengan pencuri atau seorang pensyarah kriminoloji? Dengan siapakah kita harus belajar? Kita belajar dengan orang yang pernah melakukannya atau dengan seorang yang berilmu tetapi belum pernah melakukannya?

Seorang pencuri telah dan pernah mencuri! Dialah yang telah merancang, membuat segala persediaan, mengetahui waktu yang sesuai, mengenal latar belakang tempat yang hendak dilakukan pencurian itu dan kenal juga segala-gala tentang hal ehwal bakal mangsanya! Dia telah mengalami perkara-perkara zahir dan bathin tentang mencuri. Hanya dia yang tahu segala perit getirnya mencuri dan hanya dia yang tahu bagaimana melakukannya!

Sebaliknya, seorang pensyarah kriminoloji belum pernah mencuri. Dia memiliki segala-gala ilmu tentang perancangan seorang pencuri, persediaan seorang pencuri, waktu yang sesuai pencurian selalunya dilakukan, mengenal jenis-jenis tempat yang selalu berlaku kecurian dan mengetahui bakal-bakal mangsa kepada sesuatu pencurian! Cuma, pensyarah kriminoloji ini tidak ada pengalaman zahir dan bathin mencuri! Pensyarah kriminolji ini memang layak bercerita tentang pencurian dengan segala ilmu yang dia ada tetapi dia tidak akan dapat dijadikan contoh terbaik sekiranya sesuatu pencurian yang berjaya hendak dilaksanakan!

Inilah tamsilan mengenai seorang yang pernah melakukan sesuatu dan seorang yang berilmu tentang sesuatu tetapi belum pernah melakukannya. Untuk belajar sesuatu perkara, kita harus belajar dari siapa - yang berilmu dan belum melakukannya atau yang pernah melakukannya?


ORANG YANG BUTA AKAN SELAMAT JIKA DIA MENGIKUT YANG CELIK!

Orang Islam yang mengamalkan agamanya tidak mengikut cara yang diajar oleh Nabi s.a.w adalah ibarat seorang buta yang mengikut seorang buta yang lain melintas jalan. Selamatkah seorang yang buta jika dia melintas jalan mengikut seorang yang sama-sama buta?

Pada hakikatnya, orang Islam semuanya buta Akhirat? Orang Islam semuanya belum melihat Akhirat! Yang celik Akhirat hanyalah Nabi s.a.w! Allah s.w.t telah memperlihatkan segala-gala yang ada di Akhirat kepada Nabi s.a.w. Nabi s.a.w sahaja yang celik Akhirat antara seluroh umat Islam. Kita, orang-orang Islam yang buta Akhirat akan selamat hanya apabila kita mengikut seorang yang celik Akhirat. Siapa yang celik Akhirat? Nabi s.a.w!

Sama-sama kita muhassabah diri kita selama ini kita amalkan agama Islam ikut siapa? Adakah yang kita ikut itu celik Akhirat?


Publish Post

MANUSIA YANG TIDAK ADA AGAMA AKAN JADI....

Lembu ! Lembu hidup untuk makan! Siang malam makan. Dia akan makan dimana-mana hinggakan rumput di dalam pagar orangpun dia akan makan. Nak tidur pun dia makan dan kadang-kadang mata lelap pun mulut menguyah, makan!

Singa ! Singa hidup untuk makan ! Teruk sikit daripada lembu, singa akan membunuh untuk makan ! Singa akan mencari mangsa, memburu dan membunuh mangsanya !

Ular ! Ular hidup untuk makan ! Teruk sikit daripada singa, ular akan membunuh untuk makan ! Ular akan mematuk, membelit dan memakan mangsa ! Cuma kadang-kadang, ular tidak memakan mangsanya !

Kalajengking ! Kalajengking hidup untuk makan ! Teruk sikit daripada ular, kala jengking anakn membunuh tetapi tidak makan mangsanya ! Kalajengking membunuh semata-mata kerana hendak membunuh. Kalajengking tidak membunuh untuk makan ! Dia saja suka-suka membunuh tanpa apa-apa sebab !

Manusia yang tidak ada agama akan menjadi seperti lembu, singa, ular dan paling teruk sekali, seperti kalajengking yang membunuh dengan sengaja tanpa apa-apa sebab!!